Monday, December 13, 2010
SAINTIS ISLAM - IBN AL-NAFIS & SUMBANGAN
Wednesday, December 8, 2010
Firman Allah SWT:
Firman Allah SWT:
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumi-Nya ini. Kini kita menyambut tahun baru 1432 Hijrah maka setahun lagi usia kehidupan kita bertambah. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelakMaksudnya: “Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui. (Iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..”
– Surah an-Nahl 16: 41-42.
Monday, December 6, 2010
Doa Awal Tahun - Hijrah
Ya Alllah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Doa Akhir Tahun- Hijrah
Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...
Sunday, December 5, 2010
Maal Hijrah - 1 Muharam 1432 = 7 Disember 2010
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Doa akhir tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah
Kandungan memo air kepada Agong
Isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan
Kepada:
Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin
Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah
Yang Dipertuan Agong, Malaysia
Daripada:
Rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Kerajaan Negeri
Selangor Darul Ehsan
2010
Dengan nama Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Assalamu'alaikum w.b.t.
Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.
Dengan keinsafan bahawa kehidupan asasi manusia cukup bergantung dengan akses kepada air yang bersih pada kadar harga munasabah,
Dengan kesedaran perkembangan kos sara hidup rakyat kian meningkat berbanding pendapatan,
Dengan ketegasan menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura-puraan,
Dengan iltizam menegakkan sebuah kepimpinan yang prihatin, telus, bertanggungjawab, cekap, dan menghormati semangat dan amalan Persekutuan;
Maka dengan ini kami, Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor, berkumpul marafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyampaikan suara hati kami terhadap isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan.
Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.
1) Mengembalikan Hak Air kepada Rakyat
Kami, mewakili 150,000 rakyat Selangor yang telah menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada Memorandum ini dan juga keseluruhan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mendapatkan perkhidmatan air yang sama, menuntut keadilan untuk diri kami membetulkan kesalahan dalam penswastaan Industri Perkhidmatan Air yang telah dibuat, sehingga menyebabkan kualiti dan perkhidmatan air yang teruk serta peningkatan tarif air pada kadar yang tidak munasabah. Justeru, kami menuntut kualiti air dan Perkhidmatan Air yang bersih pada kadar yang munasabah, dengan mengambil kira rakyat miskin serta mereka yang berpendapatan rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menitahkan agar Hak Air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
2) Mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006)
Kami merafak sembah memohon Tuanku mendokong semangat dan matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang telah menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sesungguhnya, Akta ini telah dirangka dan diluluskan dengan tujuan membetulkan kesalahan yang dibuat semasa menswastakan Industri Perkhidmatan Air sebelumnya. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik tentang keputusan ini.
3) Menghak-upayakan Rakyat
Perjanjian konsesi yang ditandatangani pada tahun 2004 antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (“SYABAS”), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengandungi sejumlah persoalan yang jelas menunjukkan SYABAS tidak pedulikan kebajikan rakyat seperti kenaikan tarif air pada kadar yang tinggi (37% pada tahun 2009, dan 25%, 20%, 10% serta 5% pada 2012, 2015, 2018 dan 2021). Perjanjian ini seharusnya dirundingi dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mereka adalah penerima kesan utama daripadanya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menghak-upaya rakyat dengan memastikan bahawa sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum dimuktamadkan.
4. Mengembalikan Kuasa Kerajaan Negeri
Perkhidmatan air yang telah dimasukkan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan kuasa bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan. Kami mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menghormati semangat Persekutuan ini dan kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan negeri dalam isu berkaitan perkhidmatan air ini, dan jangan berdolak-dalik menentang Kerajaan Negeri Selangor. Kami merafak sembah memohon Tuanku untuk mengembalikan kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam hal ini.
5) Menghapuskan Kronisme
Telah menjadi persepsi umum bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil sikap menyebelahi sektor swasta, dalam kes ini syarikat tertentu, yang boleh disabitkan dengan amalan kronisme. Telah terbukti bahawa usaha membolehkan syarikat-syarikat penerima konsesi ini mendapat sejumlah keuntungan tertentu, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif yang tinggi dengan pemberian jaminan pinjaman Kerajaan Persekutuan yang bermaksud rakyatlah menjadi pembayarnya. Rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini perlu membayar kadar harga air yang tinggi, dan pembayar cukai Malaysia perlu menjamin risiko perniagaan SYABAS. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan janji Kerajaan Persekutuan untuk segera menghapuskan kronisme.
Dengan mandat diberikan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bertekad untuk memastikan nasib mereka terbela. Dengan pengambil-alihan Industri Perkhidmatan Air ini, Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk mengusahakannya dengan cara terbaik untuk manfaat semua.
Sekianlah penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bersama mendoakan dan menyokong tindakan penting ini.
Menjadi harapan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melihat ia diambil perhatian serius oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Rakyat menjunjung kasih atas perhatian yang diberikan.
Sekian, terima kasih.
Daulat Tuanku.
5 Disember 2010.
Friday, December 3, 2010
Laksamana Cheng Ho, Pelayar Cina Islam Tersohor
Tersohor pada Zaman Silam China
Pada musim luruh 600 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1405 Masihi, sebuah armada yang paling besar skopnya di dunia pada masa itu bertolak dari pelabuhan Sungai Yangtze di luar Bandar Nanjing, ibu negara kerajaan Dinasti Ming bagi belayar ke seberang laut. Laksamana Cheng Ho yang telah memimpin pelayaran secara besar-besaran tersebut.Nama asal Cheng Ho ialah Ma Sanbao. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Etnik Hui yang menganut agama Islam di Yunnan, barat daya China. Datuk dan bapanya telah menunaikan fardu haji ke Mekah. Mereka mengetahui keadaan di luar negara dan suka menjelajah.
Semasa berusia 10 tahun, Ma Sanbao dirampas oleh pasukan pengawal maharaja lalu dibawa ke Nanjing, lantaran itu beliau telah dilantik sebagai sida dalam istana maharaja. Ma Sanbao yang cergas dan pandai telah disukai oleh maharaja dan dianugerahi nama Cheng Ho oleh maharaja.Semasa Cheng Ho berusia 34 tahun, Maharaja Zhu Di mengambil keputusan untuk menghantar armada bagi melaksanakan pelayaran besar-besaran ke pelbagai negara di Asia dan Afrika untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara di kawasan itu. Baginda menitahkan Cheng Ho memimpin pelayaran besar-besaran itu.
Bandar Nanjing terletak di pinggir Sungai Yangtze, sungai yang terbesar di China. Industri pengeluaran kapal sudah bersejarah lama dan sangat berkembang di Nanjing pada masa itu. Berdasarkan catatan sejarah, terdapat 34 buah bengkel pembuat kapal di luar Bandar Nanjing dan tukang-tukang kapal yang terbaik di seluruh China telah bertumpu di Nanjing. Taraf kemahiran pembuatan kapal daripada tukang-tukang tersebut merupakan taraf tertinggi bagi industri pembuatan kapal di dunia pada masa itu. Kapal "Baochuan" yang digunakan dalam pelayaran Cheng Ho ialah dibuat di Nanjing. Kapal "Baochuan" merupakan kapal layar bersaiz besar. Disebabkan pelayaran itu dilaksanakan berdasarkan titah Maharaja Zhu Di, maka kapal-kapal tersebut bukan sahaja ukurannya besar, tetapi juga diperlengkapi dengan kemudahan yang moden. Pada tahun 1957, sebuah batang kemudi sepanjang 11.7 meter daripada kapal "Baochuan" telah digali keluar daripada perut bumi di tapak bengkel pembuat kapal "Baochuan" di Nanjing. Kalau dikira berdasarkan panjang batang kemudi terseubt, maka kapal "Baochuan" armada Cheng Ho yang paling besar telah mencatat lebih sebiru tan, ini merupakan kapal yang paling besar di dunia pada masa itu.
Armada Cheng Ho terdiri daripada beberapa puluh kapal yang berbeza-beza saiznya. Jumlah keseluruhan pegawai, pedagang dan anak kapal armada Cheng Ho mencatat lebih 20 ribu orang. Sutera, barang porselin dan barang seni kraf tangan lain dimuatkan di dalam kapal-kapal tersebut. Semasa armada itu berlabuh di setiap pelabuhan luar negara, Laksamana Cheng Ho akan menganugerahkan cap mohor yang diperbuat daripada perak dan menghadiahkan cenderamata kepada raja negara-negara yang dilawati. Laksamana Cheng Ho juga menyampaikan titah Maharaja Zhu Di Dinasti Ming China yang menggalakkan negara-negara tersebut menghantar utusan melawat China agar meningkatkan pertukaran antara satu sama lain. 7 kali pelayaran seumpama itu telah dilaksanakan oleh Laksamana Cheng Ho dalam tempoh 28 tahun. Pada tahun 1435, Laksamana Cheng Ho yang berusia lebih 60 tahun meninggal dunia di India dalam pelayaran ke-7 semasa kembali ke China.Armada Cheng Ho berjaya tiba di pantai Laut Merah dan pantai timur Afrika dan telah melawat lebih 30 buah negara dan kawasan di Asia dan Afrika dalam 7 kali pelayaran itu. Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke negara-negara Asia dan Afrika itu telah meluaskan pandangan rakyat China dan meningkatkan pengetahuan geografi rakyat China. Pelayaran itu juga telah meningkatkan petukaran, persefahaman dan perdagangan antara rakyat China dengan rakyat pelbagai negara Asia dan Afrika. Pelayaran Laksamana Cheng Ho lebih awal separuh abad daripada Comumbus, pelayar yang terkenal di dunia.Pelayaran Cheng Ho ke seberang laut juga telah meninggalkan warisan kebudayaan dan kesenian kepada kita. Sekarang banyak sasterawan telah menggubah drama, novel, drama TV dan lain-lain untuk menggambarkan pelayaran Laksamana Cheng Ho secara besar-besaran pada masa itu, memuji sumbangan yang dibuat oleh Laksamana Cheng Ho kepada kegiatan pelayaran sedunia serta sumbangannya kepada persahabatan dan pertukaran antara China dan pelbagai negara di dunia.
myMYRAYANA HOMESTAY
my Myra Yana Homestay
Melor Kota Bharu Kelantan Malaysia
BERKONSEPKAN BANGLOW- HOMESTAY
* Lengkap perabut, peti sejuk, mesin basuh, TV, katil, dapur gas, pinggan mangkuk dan lain-lain.
* Bekalan air "mineral" boring berkualiti dan jernih.
* Suasana kampung dihadapan jalan yang bertentangan.
*Terletak tepi jalan Melor ke Gunung.
*Hanya 1.2 km dari simpang utama Pekan Melor ke Pekan Gunung.
*Pekan Melor lengkap dengan kemudahan 3 stesyen minyak iaitu Shell, Petronas dan Esso Mobil, kedai 24 Jam, Mesin ATM, Bank, Restoran, kedai-kedai makan, pasar dan banyak lagi.
* Cuma 1.2 km ke Masjid Mahmudi dan Sekolah Agama Azariah Tahfiz yang terkenal dengan pelbagai program dakwah dan pelbagai pengisian kuliah oleh penceramah dan pendawah terkenal.
*Pekan Melor merupakan hentian bas ekspress ke laluan Terangganu, Kuala Lumpur dan laluan Selatan. Pekan ini hidup 24 jam. Ia merupakan zon tengah kelantan yang mudah untuk ke semua lokasi timur barat kelantan.
*Berdekatan Balai Polis Melor dan Homestay ini bakal dilengkapi dengan "Alarm System" Keselamatan
LOKASI PENTING YANG BERHAMPIRAN
200 m - Pusat Latihan Memandu JPJ.
500 m - Pusat Latihan Komuniti Jabatan Pertanian Kelantan.
5 km - Pekan Ketereh yang boleh menuju ke Politeknik Kok Lanas dengan jarak cuma 1.7 km dari Pekan Ketereh ini cuma 1.3 Km ke Satdium Red Warriors yang dalam pembinaan.
6 Km - Pekan Gunung.
7 Km - Pekan Jelawat dan SMK Perdana.
8 Km - UMK, ILP, PPD Bachok, Kem Khidmat Negara Bachok.
10 Km - Istana Sultan Kelantan.
11 Km - HUSM Kubang Krian.
13 Km - Pantai Irama pantai pelancongan.
15 Km - Kota Bharu
16 Km - Pasir Putih.
406 Km - Kangar Perlis.
Untuk Tempahan Sila Hubungi Saya
0194807144 @ 0194658144
Email - azlee@ymail.com
Foto Kaabah dulu dan kini
Tujuh Benda Ajaib Di Dunia
7 benda ajaib didunia,sering kita sebut-sebut sebagai hadiah terbaik tamadun lalu kepada manusia pada masa kini.Namun apa dia sebenarnya ketujuh-tujuh benda ajaib tersebut. Sebahagian daripada kita langsung tidak mengetahui apakah sebenarnya atau lokasi benda-benda ajaib tersebut.mengikut sejarah yang telah ditulis,dimulakan susunannya oleh seorang penulis bernama Antipater dari Sidon,pengaruh pertama dari empayar Greek kuno pada tahun 100's B.C.Sejarah ditulis,diubah, serta direka. Namun Bukti tetap ada pada kesan runtuhannya sebagai peringatan kepada umat yang akan datang. So, check it out guys! 1) Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer. |
Ribut Taufan Perlis 2010. Apa tandanya?
Resepi Kuih Donat
Bahan-bahan:
1) 500 gram tepung gandum
2) 50 gram gula halus
3) 1 cawan susu tepung
4) ½ sudu teh garam
5) 1 bungkus yis kering
6) 1 sudu makan lemak sayur
7) 1 biji telur (pukul)
8) 2 sudu makan marjerin
9) 250 ml air suam
10) minyak masak (untuk menggoreng tenggelam)
11) Gula halus (pilihan bahan untuk salut)
Cara penyediaan:
1) Masukkan tepung, gula, susu, garam dan lemak sayur ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2) Masukkan telur, marjerin dan air suam. Gaul rata hingga menjadi doh. Uli doh hingga tidak melekat.
3) Tutupkan dengan kain lembab, biarkan naik hingga 2 kali ganda.
4) Selepas naik tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar. Uli sekali lagi.
5) Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan. Terap mengikut saiz yang dikehendaki.
6) Biarkan adunan naik sekali lagi.
7) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yg sederhana.
8) Goreng donat sehingga keemasan. Angkat dan tos.
9) Biarkan donat sejuk pada suhu bilik. Golek-golekkan donat pada gula halus.
Sedia untuk dihidangkan.
Petua Hilangkan Jerawat
Gambar Daun Cekur - Wikipedia
Gambar Rizom Cekur - Mardi











