Sunday, August 7, 2011

Lailatul Qadar Kemuncak Ramadhan

Lailatul Qadar Kemuncak Ramadhan

Sumber :

DrJuanda.com

Lailatul Qadar Kemuncak Ramadhan

Ramadhan diberkati dengan janji sejuta keampunan, rahmat dan ganjaran pahala daripada Allah SWT. Hari-hari yang dilalui dengan ibadat semata-mata kerana-Nya membawa kesan yang mendalam pada peribadi muslimin. Tidak terasa mereka telah menjadi manusia-manusia yang sabar dalam ketaatan dan cekal mengharungi ujian mengendali hawa nafsu. Begitulah keberkatan Ramadhan yang dirasai hamba yang salih. Dan kemuncak keberkatan itu telah datang. Iaitu Lailatul Qadar, malam yang dijanjikan lebih baik daripada seribu bulan. Jika dihitung banyaknya seribu bulan itu sama dengan 83 tahun umur manusia. Betapa bertuahnya umat Muhammad SAW, walaupun berumur pendek dari umat-umat terdahulu tetapi jika mereka mendapat Lailatul Qadar sama maknanya mereka beribadat selama 83 tahun lamanya. Adakah malam yang paling istimewa selain Lailatul Qadar? Adakah detik-detik paling berharga selain masa yang berputar ketika sepuluh malam terakhir Ramadhan?
Sesungguhnya iman yang menyala pada malam Lailatul Qadar merupakan hasil pancaran aura keikhlasan dari sanubari. Mengapa kita mesti tertipu dan menyerah kepada nafsu, syaitan dan syahwat yang sedapnya hanya sekejap sahaja? Sedangkan pada malam Lailatul Qadar ini Allah SWT dan para malaikat-Nya menyaksikan berjuta manusia yang menangis, bertaubat, memohon ampun, meminta perlindungan dan keselamatan mengharungi kehidupan dunia yang merbahaya. Mereka bangun dengan kekuatan iman dan pengharapan kepada Tuhannya. Mereka menghiris sendiri jiwa-jiwa mereka dengan pisau taubat dan tawakal. Mereka merasai pedih dan perihnya mengingati sejuta keterlanjuran dan kesilapan yang pernah dilakukan. Mereka merintih dengan suara yang menyayat hati sehingga terbukalah kekuatan langit yang gagah dan Allah sang Pemilik Yang Maha Rahman dan Rahim itu memandang mereka dengan pandangan kasih sayang. Diturunkan rahmat pada malam itu, diberikan segala permintaan yang dilafazkan, dipenuhi hati-hati mereka dengan rasa puas dan reda kepada Tuhannya. Tetapi siapakah kita pada malam yang syahdu itu? Mata yang terlena dengan mimpi indah sehingga melupakan ibadat pada malam itu yang akan membawa penyesalan di akhirat nanti. Kerana hamba-hamba Allah yang menghidupkan malam al-Qadar ini akan memperoleh ganjaran yang besar di sana. Berapa banyak orang yang terlepas peluang keemasan pada malam itu. Adakah kita salah seorang dari mereka?
Pengisian Lailatul Qadar
Rasulullah SAW mengajar umatnya untuk bersungguh-sungguh beribadat pada sepuluh terakhir Ramadhan. Sabda Rasulullah SAW: ”Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar (dengan sembahyang dan pelbagai jenis ibadat yang lain) sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Imam al-Nawawi Rahimahullah, dalam kitabnya (Al-Majmuk Juzuk 6 Halaman 403) berkata: ”Malam Lailatul Qadar dapat disaksikan oleh orang-orang yang dikehendaki Allah SWT pada tiap-tiap tahun dalam bulan Ramadhan, sebagaimana yang diterangkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW dan diberitakan oleh orang-orang salih.” Kemudian beliau menyebutkan penjelasan Imam al-Mawardi Rahimahullah dalam kitabnya al-Hawi: ”Bahawa orang yang dapat menyaksikan malam Lailatul Qadar, elok ia menyembunyikan perkara-perkara yang telah disaksikan (supaya ia terselamat dari perasaan riya’) dan hendaklah ia berdoa pada saat yang berkat itu dengan ikhlas dan sepenuh-penuh yakin dengan permintaan yang disukai mengenai agama dan dunianya.”
Demikianlah adab-adab orang yang melihat tanda-tanda Lailatul Qadar. Mungkin seseorang itu melihat kejadian luar biasa pada malam tersebut, akan tetapi semua tanda-tanda itu adalah tidak disyaratkan bagi setiap mereka yang dikurniakan Lailatul Qadar. Yang penting ialah taat mengerjakan amal ibadat kerana Allah SWT semata-mata kerana balasan-Nya akan dinikmati di dunia dan akhirat.
Doa pada malam al-Qadar
Ibadat yang dilakukan pada malam itu hendaklah mengikut kepada contoh ibadat Rasulullah SAW. Kerana apa-apa amalan yang tidak disandarkan kepada Nabi SAW dianggap sebagai bid’ah. Untuk itu kita boleh mengisi malam Lailatul Qadar ini dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang berbunyi: ”Dari Aisyah RA. Katanya: ”Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: ”Ya Rasulullah bagaimana kiranya saya mengetahui akan malam Lailatul Qadar itu dengan tepat, apa yang akan saya doakan pada saat itu? Baginda menjawab berdoalah dengan doa berikut, maksudnya: Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-Mu) lagi suka memaafkan. Oleh itu maafkanlah salah silapku.” (Hadis Riwayat al-Turmuzi)
Tilawatul Quran Penawar Hati
Rasulullah SAW bertadarus dengan Malaikat Jibril AS pada bulan Ramadhan. Baginda melakukannya sebanyak dua kali khatam pada tahun baginda diwafatkan. Alangkah eloknya Sunnah Rasulullah SAW ini diikuti. Jika diberikan kekuatan pada diri kita sekali mengkhatamkan Al-Quran pada bulan Ramadhan, betapa beruntungnya kerana besarnya pahala di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: ”Dikatakan kepada orang yang berteman dengan Al-Quran: Bacalah dan bacalah sekali lagi serta bacalah dengan tartil sepertimana yang engkau lakukan di dunia kerana manzilahmu (kedudukan) terletak di akhir ayat yang engkau baca.” (Hadis riwayat al-Turmizi, Abu Daud dan Ahmad)
Al-Quran yang dibaca pada waktu malam menjadi penawar hati yang paling efektif. Jika sepanjang siang manusia sibuk dengan urusan mencari nafkah maka pada malam hari mereka mencari ketenangan dengan bermunajat dan bermuhasabah yang merupakan medan motivasi diri mencari kelemahan yang hendak diperbaiki. Salah satu cara memberi motivasi kepada hati ialah membaca al-Quran dengan tartil iaitu betul tajwid dan betul gerak hati atau penghayatan kepada bacaannya. Abu Zar RA meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa baginda SAW mendirikan solat malam membaca satu ayat yang diulang-ulang iaitu: Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu juga.” (Al-Maidah: 118).
Bacaan Rasulullah SAW yang diulang-ulang itu bermaksud untuk menghayati ayat tersebut. Begitu juga apabila ada ayat yang mengandungi ancaman hendaklah dibaca dengan suara yang mencerminkan ketakutan kepada Allah SWT. Dan apabila membaca ayat yang menceritakan khabar gembira maka bacalah dengan penuh pengharapan kepada-Nya. Jika menemui ayat tentang kejadian manusia maka hadirkanlah rasa syukur kerana Allah SWT mentakdirkan kita menjadi orang yang beriman, sebaliknya jika membaca ayat tentang sifat dan perbuatan orang-orang kafir maka berlindunglah kepada Allah SWT daripada kekufuran. Begitulah fungsi Al-Quran jika dibaca dengan penghayatan, maka malam-malam pada bulan Ramadhan ini akan terasa kesyahduannya di hati orang yang bermujahadah. Semoga Lailatul Qadar tahun ini membawa seribu satu makna yang melayakkan kita mendapat kedudukan mulia di sisi-Nya. Amin.

myMYRAYANA HOMESTAY

my Myra Yana Homestay
Melor Kota Bharu Kelantan Malaysia




BERKONSEPKAN BANGLOW- HOMESTAY

* Lengkap perabut, peti sejuk, mesin basuh, TV, katil, dapur gas, pinggan mangkuk dan lain-lain.


* Bekalan air "mineral" boring berkualiti dan jernih.


* Suasana kampung dihadapan jalan yang bertentangan.


*Terletak tepi jalan Melor ke Gunung.


*Hanya 1.2 km dari simpang utama Pekan Melor ke Pekan Gunung.


*Pekan Melor lengkap dengan kemudahan 3 stesyen minyak iaitu Shell, Petronas dan Esso Mobil, kedai 24 Jam, Mesin ATM, Bank, Restoran, kedai-kedai makan, pasar dan banyak lagi.


* Cuma 1.2 km ke Masjid Mahmudi dan Sekolah Agama Azariah Tahfiz yang terkenal dengan pelbagai program dakwah dan pelbagai pengisian kuliah oleh penceramah dan pendawah terkenal.


*Pekan Melor merupakan hentian bas ekspress ke laluan Terangganu, Kuala Lumpur dan laluan Selatan. Pekan ini hidup 24 jam. Ia merupakan zon tengah kelantan yang mudah untuk ke semua lokasi timur barat kelantan.


*Berdekatan Balai Polis Melor dan Homestay ini bakal dilengkapi dengan "Alarm System" Keselamatan


LOKASI PENTING YANG BERHAMPIRAN


200 m - Pusat Latihan Memandu JPJ.


500 m - Pusat Latihan Komuniti Jabatan Pertanian Kelantan.


5 km - Pekan Ketereh yang boleh menuju ke Politeknik Kok Lanas dengan jarak cuma 1.7 km dari Pekan Ketereh ini cuma 1.3 Km ke Satdium Red Warriors yang dalam pembinaan.

6 Km - Pekan Gunung.


7 Km - Pekan Jelawat dan SMK Perdana.


8 Km - UMK, ILP, PPD Bachok, Kem Khidmat Negara Bachok.


10 Km - Istana Sultan Kelantan.


11 Km - HUSM Kubang Krian.


13 Km - Pantai Irama pantai pelancongan.


15 Km - Kota Bharu


16 Km - Pasir Putih.


406 Km - Kangar Perlis.


Untuk Tempahan Sila Hubungi Saya

0194807144 @ 0194658144

Email - azlee@ymail.com








Foto Kaabah dulu dan kini

Foto Kaabah dulu dan kini

Tujuh Benda Ajaib Di Dunia


7 benda ajaib didunia,sering kita sebut-sebut sebagai hadiah terbaik tamadun lalu kepada manusia pada masa kini.Namun apa dia sebenarnya ketujuh-tujuh benda ajaib tersebut.

Sebahagian daripada kita langsung tidak mengetahui apakah sebenarnya atau lokasi benda-benda ajaib tersebut.mengikut sejarah yang telah ditulis,dimulakan susunannya oleh seorang penulis bernama Antipater dari Sidon,pengaruh pertama dari empayar Greek kuno pada tahun 100's B.C.Sejarah ditulis,diubah, serta direka.


Namun Bukti tetap ada pada kesan runtuhannya sebagai peringatan kepada umat yang akan datang. So, check it out guys!



1)
Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer.


2) Piramid yang dibina dengan 2,500,000 blok batu besar yang tersusun rapi. Piramid Giza:keajaiban dari bangsa mesir kuno.


3) Taj Mahal istana yang dibina oleh Maharaja India, Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz


4) Candi Borobudur yang terletak di Jawa


5) Angkor Watt di Kemboja


6) Taman Tergantung Babylon yang dibina lebih 3,000 tahun yang lalu


7) Menara Condong Pisa yang terletak di Itali.

Ribut Taufan Perlis 2010. Apa tandanya?

Ribut Taufan Perlis 2010. Apa tandanya?

Resepi Kuih Donat


Bahan-bahan:

1) 500 gram tepung gandum
2) 50 gram gula halus
3) 1 cawan susu tepung
4) ½ sudu teh garam
5) 1 bungkus yis kering
6) 1 sudu makan lemak sayur
7) 1 biji telur (pukul)
8) 2 sudu makan marjerin
9) 250 ml air suam
10) minyak masak (untuk menggoreng tenggelam)
11) Gula halus (pilihan bahan untuk salut)


Cara penyediaan:

1) Masukkan tepung, gula, susu, garam dan lemak sayur ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2) Masukkan telur, marjerin dan air suam. Gaul rata hingga menjadi doh. Uli doh hingga tidak melekat.
3) Tutupkan dengan kain lembab, biarkan naik hingga 2 kali ganda.
4) Selepas naik tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar. Uli sekali lagi.
5) Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan. Terap mengikut saiz yang dikehendaki.
6) Biarkan adunan naik sekali lagi.
7) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yg sederhana.
8) Goreng donat sehingga keemasan. Angkat dan tos.
9) Biarkan donat sejuk pada suhu bilik. Golek-golekkan donat pada gula halus.

Sedia untuk dihidangkan.

Petua Hilangkan Jerawat

Nah, ni ada satu petua kecantikan untuk menghilangkan kesan jerawat kat muka anda. Ikuti langkah di bawah, okey;


1. Ambil sedikit rizom cekur dan tumbuk sehingga halus.

gambar daun cekur 1

Gambar Daun Cekur - Wikipedia



gambar rizom cekur 1

Gambar Rizom Cekur - Mardi




2. Kemudian, campurkan pula rizom cekur yang dah ditumbuk halus tadi dengan bedak sejuk.

3. Gaul dan kacau campuran tu sehingga sebati.

4. Sapukan pada kawasan kulit muka anda yang berjerawat tu sebelum tidur.

5. Pada keesokan pagi, cucilah wajah anda sampai bersih.


Amalkan pemakaian bedak sejuk + rizom cekur ni sampailah parut jerawat anda tu hilang.


Selamat Mencuba!