Monday, February 14, 2011

(Gambar) Patung Erotik Putera Jeffri Bolkiah Brunei

Erotic statue of Prince Jeffri Bolkiah of Brunei

Original sources from ;
http://beritasemasa.com/gambar-patung-erotik-putera-jeffri-bolkiah-brunei
[
putera jeffri bolkiah patung erotik (Gambar) Patung Erotik Putera Jeffri Bolkiah Brunei
Heboh pasal Putera Jeffri Bolkiah, adik bongsu Sultan Brunei,Sultan Hassanal Bolkiah, yang menghalang juri dari melihat 4 patung erotik yang menujukkan dirinya sedang bersetubuh.
Berikut adalah petikan dari kes di atas:
MANHATTAN – Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghalang juri daripada melihat empat buah patung yang menunjukkannya sedang bersetubuh, lapor akhbar New York Post semalam.
Permintaan itu disampaikan oleh pasukan peguam Putera Jefri menjelang satu kes sivil terhadap dua bekas peguamnya, Thomas Derbyshire dan Faith Zaman.
Semua patung erotik tersebut disimpan di rumah mewah berharga AS$11 juta (RM33.9 juta) milik putera itu di sini, New York, Amerika Syarikat.
Menurut Mark Cymrot yang mewakili Derbyshire dan Faith patung-patung tersebut diukir oleh seorang artis terkenal, J. Seward Johnson.
Sebuah patung tersebut katanya, menggambarkan Putera Jefri manakala sebuah patung lagi menggambarkan seorang tunangnya. Dua patung yang lain menunjukkan mereka sedang melakukan hubungan seks.
“Muka saya merah kerana segan melihat patung-patung itu,” kata Cymrot.
Putera Jefri menyaman kedua-dua peguam itu kerana mendakwa mereka melakukan penyelewengan berjumlah jutaan dolar semasa bekerja untuknya antara tahun 2004 hingga 2006.
Nak tahu berapa harga patung tersebut? 1 juta USD! Ya, nilai untuk 6 buah patung tersebut bersamaan dengan RM 3 juta! tapi, kalau dilihat, tidak ada apa istimewanya patung tersebut. Kami rasa, patung di gedung-gedung Kamdar dan kedai pakaian, lebih kurang je dengan patung yang berharga USD 1 Juta ini.
patung seks sultan brunei jeffri bolkiah 7 (Gambar) Patung Erotik Putera Jeffri Bolkiah Brunei
patung seks sultan brunei jeffri bolkiah (Gambar) Patung Erotik Putera Jeffri Bolkiah Brunei
patung seks sultan brunei jeffri bolkiah 4 (Gambar) Patung Erotik Putera Jeffri Bolkiah Brunei
patung seks sultan brunei jeffri bolkiah 5 (Gambar) Patung Erotik Putera Jeffri Bolkiah Brunei
Sebelum ini, Putera Jeffri Bolkiah juga telahpun dihadapkan ke Mahkamah mengenai isu menggelapkan wang Kerajaan semasa beliau menjadi Menteri Kewangan Brunei. Dan sehingga kini, ada banyak kes terhadapnya masih lagi berjalan.
Orang bila dah duit banyak sangat, sampai tak tahu nak buat apa, akan buatlah benda-benda bodoh macam ini. Tidak terlepas juga Sultan. Sultan pun manusia biasa. Berikut adalah sedikit fakta mengani Putera Jeffri Bolkiah.
1. Sebelum disaman oleh Kerajaan Negeri  Brunei, Putera Jefri  Bolkiah (adik bongsu Sultan Brunei ) berbelanja purata RM1.7  juta sehari.
2. Putera Jefri kini menghadapi saman dari pelbagai pihak  termasuk bekas Ratu Cantik California kerana mendakwa diperlakukan  seperti hamba seks.
3. Turut menyaman beliau ialah bekas bodyguard  isterinya & syarikat minyak wangi.
4. Dalam tempoh 10 tahun, Jefri  telah membelanjakan B$2.7 bilion (RM6.2 bilion) utk kemewahan beliau.
5. Jefri memiliki kapal layar, kapal mewah, jet peribadi (termasuk  Airbus A300 bernilai RM300 juta).
6. Jefri meminati kereta, beliau  mempunyai 2,000 kereta, mostly kereta mewah dan kereta lumba.
7. Kapal  layarnya, Bolkiah I dan Tits yang di dalamnya terdapat dua bot kecil, Nipple I  dan Nipple II berharga RM138 juta.
8. Jefri memiliki koleksi lukisan  mewah termasuk lukisan Renoir berjudul Jeunes Filles Au Piano (Perawan Di Sisi  Piano) yg dibeli dengan harga 50 juta pound sterling (RM314 juta).
9.  Perangai boros Jefri menjadi ikutan anaknya, Putera Hakeem. Hakeem membeli  enam buah kereta Formula 1 milik pasukan terkenal McLaren yg berharga 650,000  pound sterling (RM4 juta) sebuah.
10. Selama enam hari sebanyak 10,000  barangan daripada pemegang mangkuk tandas bersalut emas, perkakas dapur,meja,  peralatan gymnasium, helikopter dan simulator pesawat jet dilelong.
11.  Jalan Pantai di Jerudong, Brunei di mana tempat lelongan  diadakan penuh sesak dgn ribuan kenderaan orang ramai yang ingin menyertai  lelongan tersebut.
12. Semasa lelongan seorang ahli perniagaan dari   Indonesia berjaya membeli marmar  berkualiti tinggi milik Jefri pd harga B$4 juta (RM9.12 juta).
13.  Kira-kira 7,000 tan marmar yang cukup untuk membina sebuah lagi Taj Mahal dan  masih ada lebihan untuk sebuah istana, dilelong pada hari terakhir.
14. Beberapa barangan lain terpaksa dijual dlm tender berasingan  kerana harganya yg terlalu mahal. Antaranya ialah simulator kereta lumba  Formula1, simulator Airbus A340 dan helikopter penggempur Commanche.
15.  Walau apapun yang menimpa dirinya dan syarikat milik beliau, Jefri sebenarnya  akan terus berada dalam golongan mewah.
16. Ketua Hakim Brunei telah membenarkan beliau  menerima wang saraan sebanyak B$500,000 ( RM1.14 juta) setiap bulan.
17. Bagi orang yang telah sebati dengan kemewahan, jumlah tersebut  tidak mencukupi untuk Jefri menyara empat orang isteri dan 17 anak beliau.
P.S. Eloklah labur duit tu untuk dapatkan pahala akhirat. Kredit gmbar pada Blog Serius

BACA YANG INI PULA (ARTIKEL YANG BERKAITAN) :

No comments:

Post a Comment

myMYRAYANA HOMESTAY

my Myra Yana Homestay
Melor Kota Bharu Kelantan Malaysia




BERKONSEPKAN BANGLOW- HOMESTAY

* Lengkap perabut, peti sejuk, mesin basuh, TV, katil, dapur gas, pinggan mangkuk dan lain-lain.


* Bekalan air "mineral" boring berkualiti dan jernih.


* Suasana kampung dihadapan jalan yang bertentangan.


*Terletak tepi jalan Melor ke Gunung.


*Hanya 1.2 km dari simpang utama Pekan Melor ke Pekan Gunung.


*Pekan Melor lengkap dengan kemudahan 3 stesyen minyak iaitu Shell, Petronas dan Esso Mobil, kedai 24 Jam, Mesin ATM, Bank, Restoran, kedai-kedai makan, pasar dan banyak lagi.


* Cuma 1.2 km ke Masjid Mahmudi dan Sekolah Agama Azariah Tahfiz yang terkenal dengan pelbagai program dakwah dan pelbagai pengisian kuliah oleh penceramah dan pendawah terkenal.


*Pekan Melor merupakan hentian bas ekspress ke laluan Terangganu, Kuala Lumpur dan laluan Selatan. Pekan ini hidup 24 jam. Ia merupakan zon tengah kelantan yang mudah untuk ke semua lokasi timur barat kelantan.


*Berdekatan Balai Polis Melor dan Homestay ini bakal dilengkapi dengan "Alarm System" Keselamatan


LOKASI PENTING YANG BERHAMPIRAN


200 m - Pusat Latihan Memandu JPJ.


500 m - Pusat Latihan Komuniti Jabatan Pertanian Kelantan.


5 km - Pekan Ketereh yang boleh menuju ke Politeknik Kok Lanas dengan jarak cuma 1.7 km dari Pekan Ketereh ini cuma 1.3 Km ke Satdium Red Warriors yang dalam pembinaan.

6 Km - Pekan Gunung.


7 Km - Pekan Jelawat dan SMK Perdana.


8 Km - UMK, ILP, PPD Bachok, Kem Khidmat Negara Bachok.


10 Km - Istana Sultan Kelantan.


11 Km - HUSM Kubang Krian.


13 Km - Pantai Irama pantai pelancongan.


15 Km - Kota Bharu


16 Km - Pasir Putih.


406 Km - Kangar Perlis.


Untuk Tempahan Sila Hubungi Saya

0194807144 @ 0194658144

Email - azlee@ymail.com








Foto Kaabah dulu dan kini

Foto Kaabah dulu dan kini

Tujuh Benda Ajaib Di Dunia


7 benda ajaib didunia,sering kita sebut-sebut sebagai hadiah terbaik tamadun lalu kepada manusia pada masa kini.Namun apa dia sebenarnya ketujuh-tujuh benda ajaib tersebut.

Sebahagian daripada kita langsung tidak mengetahui apakah sebenarnya atau lokasi benda-benda ajaib tersebut.mengikut sejarah yang telah ditulis,dimulakan susunannya oleh seorang penulis bernama Antipater dari Sidon,pengaruh pertama dari empayar Greek kuno pada tahun 100's B.C.Sejarah ditulis,diubah, serta direka.


Namun Bukti tetap ada pada kesan runtuhannya sebagai peringatan kepada umat yang akan datang. So, check it out guys!



1)
Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer.


2) Piramid yang dibina dengan 2,500,000 blok batu besar yang tersusun rapi. Piramid Giza:keajaiban dari bangsa mesir kuno.


3) Taj Mahal istana yang dibina oleh Maharaja India, Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz


4) Candi Borobudur yang terletak di Jawa


5) Angkor Watt di Kemboja


6) Taman Tergantung Babylon yang dibina lebih 3,000 tahun yang lalu


7) Menara Condong Pisa yang terletak di Itali.

Ribut Taufan Perlis 2010. Apa tandanya?

Ribut Taufan Perlis 2010. Apa tandanya?

Resepi Kuih Donat


Bahan-bahan:

1) 500 gram tepung gandum
2) 50 gram gula halus
3) 1 cawan susu tepung
4) ½ sudu teh garam
5) 1 bungkus yis kering
6) 1 sudu makan lemak sayur
7) 1 biji telur (pukul)
8) 2 sudu makan marjerin
9) 250 ml air suam
10) minyak masak (untuk menggoreng tenggelam)
11) Gula halus (pilihan bahan untuk salut)


Cara penyediaan:

1) Masukkan tepung, gula, susu, garam dan lemak sayur ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2) Masukkan telur, marjerin dan air suam. Gaul rata hingga menjadi doh. Uli doh hingga tidak melekat.
3) Tutupkan dengan kain lembab, biarkan naik hingga 2 kali ganda.
4) Selepas naik tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar. Uli sekali lagi.
5) Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan. Terap mengikut saiz yang dikehendaki.
6) Biarkan adunan naik sekali lagi.
7) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yg sederhana.
8) Goreng donat sehingga keemasan. Angkat dan tos.
9) Biarkan donat sejuk pada suhu bilik. Golek-golekkan donat pada gula halus.

Sedia untuk dihidangkan.

Petua Hilangkan Jerawat

Nah, ni ada satu petua kecantikan untuk menghilangkan kesan jerawat kat muka anda. Ikuti langkah di bawah, okey;


1. Ambil sedikit rizom cekur dan tumbuk sehingga halus.

gambar daun cekur 1

Gambar Daun Cekur - Wikipedia



gambar rizom cekur 1

Gambar Rizom Cekur - Mardi




2. Kemudian, campurkan pula rizom cekur yang dah ditumbuk halus tadi dengan bedak sejuk.

3. Gaul dan kacau campuran tu sehingga sebati.

4. Sapukan pada kawasan kulit muka anda yang berjerawat tu sebelum tidur.

5. Pada keesokan pagi, cucilah wajah anda sampai bersih.


Amalkan pemakaian bedak sejuk + rizom cekur ni sampailah parut jerawat anda tu hilang.


Selamat Mencuba!