Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad |
MONDAY, 22 NOVEMBER 2010 11:56 |
Tindakan Kementerian Dalam Negeri yang akan memperkenalkan garis panduan bagi menerangkan definisi kesalahan hasutan secara terperinci satu lagi usaha untuk membuta dan memekakkan rakyat untuk mendapat maklumat sebenar di negara ini. PAS berpandangan tindakan ini lebih kepada usaha untuk membendung maklumat penyelewengan kerajaan BN dapat diketahui oleh rakyat di negara ini. Seperti yang kita sedia maklum Umno BN hanya bergantung kepada propaganda media perdana sahaja untuk mengekalkan pengaruh mereka di negara ini. Mereka tidak mampu untuk melawan serangan yang dibuat oleh media baru pada hari ini, walaupun mereka mengupah individu untuk melemparkan fitnah kepada PAS dan Pakataan Rakyat. Pertarungan dan perbahasan di media baru berakhir dengan individu yang makan upah Umno BN lari lintang pukang kerana tidak tahan dengan asakan yang dibuat oleh penyokong Pakatan Rakyat Seluruh jentera Umno sudah tidak bermaya, ia hanya bergantung kepada media radio dan televisyen sahaja. Malahan setengah tempat Umno terpaksa swastakan program penerangan melalui NGO yang pro Umno supaya menganjurkan program, jika tidak orang tidak mahu datang jika atas lambang Umno. Sebab itu tidak hairan kepada kita BN sudah membuka peluang kepada NGO untuk bersama BN seperti yang diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi BN. PAS berpendapat tidak cukup lagi kah Umno mengongkong rakyat dengan Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Mesin Cetak dan Akta Hasutan. Kerajaan boleh bertindak ,mengikut akta yang sedia ada dengan membawa pesalah ke muka pengadilan. Adakah salah rakyat pada hari ini mendapat maklumat yang benar supaya mereka boleh membuat pilihan yang tepat untuk melantik pemegang amanah khazanah di negara ini. Jika maklumat yang didedahkan ini seperti maklumat ketenteraan negara, penghinaan kepada agama dan bangsa maka kerajaan boleh bertindak. Tetapi jika maklumat yang didedahkan ialah penyelewengan yang merugikan negara dan rakyat, kenapa perlu kerajaan takut untuk menghadapi penghakiman yang akan dibuat oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat |
Sunday, November 28, 2010
Akta Siber, Supaya Rakyat Pekak Dan Buta Maklumat.
myMYRAYANA HOMESTAY
my Myra Yana Homestay
Melor Kota Bharu Kelantan Malaysia
BERKONSEPKAN BANGLOW- HOMESTAY
* Lengkap perabut, peti sejuk, mesin basuh, TV, katil, dapur gas, pinggan mangkuk dan lain-lain.
* Bekalan air "mineral" boring berkualiti dan jernih.
* Suasana kampung dihadapan jalan yang bertentangan.
*Terletak tepi jalan Melor ke Gunung.
*Hanya 1.2 km dari simpang utama Pekan Melor ke Pekan Gunung.
*Pekan Melor lengkap dengan kemudahan 3 stesyen minyak iaitu Shell, Petronas dan Esso Mobil, kedai 24 Jam, Mesin ATM, Bank, Restoran, kedai-kedai makan, pasar dan banyak lagi.
* Cuma 1.2 km ke Masjid Mahmudi dan Sekolah Agama Azariah Tahfiz yang terkenal dengan pelbagai program dakwah dan pelbagai pengisian kuliah oleh penceramah dan pendawah terkenal.
*Pekan Melor merupakan hentian bas ekspress ke laluan Terangganu, Kuala Lumpur dan laluan Selatan. Pekan ini hidup 24 jam. Ia merupakan zon tengah kelantan yang mudah untuk ke semua lokasi timur barat kelantan.
*Berdekatan Balai Polis Melor dan Homestay ini bakal dilengkapi dengan "Alarm System" Keselamatan
LOKASI PENTING YANG BERHAMPIRAN
200 m - Pusat Latihan Memandu JPJ.
500 m - Pusat Latihan Komuniti Jabatan Pertanian Kelantan.
5 km - Pekan Ketereh yang boleh menuju ke Politeknik Kok Lanas dengan jarak cuma 1.7 km dari Pekan Ketereh ini cuma 1.3 Km ke Satdium Red Warriors yang dalam pembinaan.
6 Km - Pekan Gunung.
7 Km - Pekan Jelawat dan SMK Perdana.
8 Km - UMK, ILP, PPD Bachok, Kem Khidmat Negara Bachok.
10 Km - Istana Sultan Kelantan.
11 Km - HUSM Kubang Krian.
13 Km - Pantai Irama pantai pelancongan.
15 Km - Kota Bharu
16 Km - Pasir Putih.
406 Km - Kangar Perlis.
Untuk Tempahan Sila Hubungi Saya
0194807144 @ 0194658144
Email - azlee@ymail.com
Foto Kaabah dulu dan kini
Tujuh Benda Ajaib Di Dunia
7 benda ajaib didunia,sering kita sebut-sebut sebagai hadiah terbaik tamadun lalu kepada manusia pada masa kini.Namun apa dia sebenarnya ketujuh-tujuh benda ajaib tersebut. Sebahagian daripada kita langsung tidak mengetahui apakah sebenarnya atau lokasi benda-benda ajaib tersebut.mengikut sejarah yang telah ditulis,dimulakan susunannya oleh seorang penulis bernama Antipater dari Sidon,pengaruh pertama dari empayar Greek kuno pada tahun 100's B.C.Sejarah ditulis,diubah, serta direka. Namun Bukti tetap ada pada kesan runtuhannya sebagai peringatan kepada umat yang akan datang. So, check it out guys! 1) Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer. |
Ribut Taufan Perlis 2010. Apa tandanya?
Resepi Kuih Donat
Bahan-bahan:
1) 500 gram tepung gandum
2) 50 gram gula halus
3) 1 cawan susu tepung
4) ½ sudu teh garam
5) 1 bungkus yis kering
6) 1 sudu makan lemak sayur
7) 1 biji telur (pukul)
8) 2 sudu makan marjerin
9) 250 ml air suam
10) minyak masak (untuk menggoreng tenggelam)
11) Gula halus (pilihan bahan untuk salut)
Cara penyediaan:
1) Masukkan tepung, gula, susu, garam dan lemak sayur ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2) Masukkan telur, marjerin dan air suam. Gaul rata hingga menjadi doh. Uli doh hingga tidak melekat.
3) Tutupkan dengan kain lembab, biarkan naik hingga 2 kali ganda.
4) Selepas naik tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar. Uli sekali lagi.
5) Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan. Terap mengikut saiz yang dikehendaki.
6) Biarkan adunan naik sekali lagi.
7) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yg sederhana.
8) Goreng donat sehingga keemasan. Angkat dan tos.
9) Biarkan donat sejuk pada suhu bilik. Golek-golekkan donat pada gula halus.
Sedia untuk dihidangkan.
Petua Hilangkan Jerawat
Gambar Daun Cekur - Wikipedia
Gambar Rizom Cekur - Mardi
patutnya kerajaan kena kawal bukannya tegah
ReplyDelete