Friday, December 3, 2010

Kesan Harga Minyak dan Gula Naik Kepada Rakyat 1Malaysia

Sumber Asal dari : 
http://www.ar-rifke.com/2010/12/harga-minyak-terbaru-naik-5senron95-rm1-90-diesel-rm1-80-gula-rm2-10.html



Kesan Harga Minyak dan Gula Naik
Aried akan bercakap dari perspektif kehidupan kita sendiri iaitu sebagai rakyat golongan sederhana dan miskin yang pasti merasakan kenaikan harga minyak dan gula ini..
20 sen je, apa nak kisah sangat!!
Ya, memang tak kisah kalau tiada kesan lain dan kalau kami punya pendapatan yang tinggi tetapi bagi pelajar-pelajar yang berada di pusat pengajian tinggi, mereka yang berpendapatan rendah dan orang kampung pasti satu beban buat kami. Kenapa?.. Kerana kebiasaannya apabila harga gula dan minyak naik, maka semua harga barangan dan makanan akan naik!!
Jangan bercakap yang harga lain boleh dikawal atau amaran akan diberikan sebab para peniaga tak makan saman!!
Inilah realitinya dan tidak guna kita menipu diri sendiri atau buat-buat tak tahu. Kecualilah kamu makan minum percuma sahaja maka kenaikan harga dan kesannya ini psati kamu tidak perlu risaukan. Antara perkara yang dapat dilihat bermula esok selepas kenaikan harga minyak dan gula ialah:
1. Harga perkhidmatan pengangkutan akan naik
- Ya, inilah kenyataannya dimana para pengusaha perkhidmatan pengangkutan akan menaikkan harga perkhidmatan mereka. Ya, mungkin sahaja di bandar besar perkara ini sukar berlaku kerana adanya pantauan yang hebat dari pihak berkuasa tetapi di kawasan-kawasan kampung dan luar bandar pasti mereka mampu bergerak sewenang-wenangnya menaikkan harga.
- Pengalaman ini dirasai sendiri oleh mereka yang tinggal dikampung-kampung atau luar bandar dan mereka ini bukan orang senang tetapi hanya golongan berpendapatan sederhana. Maka dari susah semakin susahlah jadinya nanti.
2. Harga makanan turut meningkat
- Bila harga gula dan minyak naik, para pengusaha kedai makan pasti mengambil kesempatan menaikan harga. Ini seperti perkara wajib dan bila harga dah naik maka untuk turunnya pasti menjadi perkara mustahil.
- Mereka yang paling merasai kenaikkan harga makanan ini sudah tentuk anak-anak kita yang berada di pusat pengajian tinggi. Aried sendiri pernah mengalami situasi ini tidak lama dahulu. Harga nasi goreng paprik ketika sebelum kenaikan harga gula dan minyak ialah hanya rm3.00. Namun selepas itu, dengan sekelip mata harga nasi goreng paprik itu boleh meningkat naik hingga rm4~rm5. Jadi tidakkah membebankan pelajar yang rata-ratanya sudah kesempitan wang untuk terus hidup ini?.
3. Harga barang-barang lain turut meningkat naik.
- Kebanyakan harga barang akan naik dan alasan peniaga adalah kos pengangkutan meningkat. Dari sini makan terpaksalah kita membelinya juga dengan harga yang mahal dan percayalah perkara ini akan terus berlaku!
Jadi, inilah sedikit pengalaman aried sendiri dalam menghadapi krisis kenaikkan harga minyak dan gula ini. Mungkin pandangan dan pengalaman kita berbeza kerana tiap kita mengalami perkara yang tidak sama. Jadi, apa kata kamu kongsikan perasaan dan pengalaman kamu itu?…

No comments:

Post a Comment

myMYRAYANA HOMESTAY

my Myra Yana Homestay
Melor Kota Bharu Kelantan Malaysia




BERKONSEPKAN BANGLOW- HOMESTAY

* Lengkap perabut, peti sejuk, mesin basuh, TV, katil, dapur gas, pinggan mangkuk dan lain-lain.


* Bekalan air "mineral" boring berkualiti dan jernih.


* Suasana kampung dihadapan jalan yang bertentangan.


*Terletak tepi jalan Melor ke Gunung.


*Hanya 1.2 km dari simpang utama Pekan Melor ke Pekan Gunung.


*Pekan Melor lengkap dengan kemudahan 3 stesyen minyak iaitu Shell, Petronas dan Esso Mobil, kedai 24 Jam, Mesin ATM, Bank, Restoran, kedai-kedai makan, pasar dan banyak lagi.


* Cuma 1.2 km ke Masjid Mahmudi dan Sekolah Agama Azariah Tahfiz yang terkenal dengan pelbagai program dakwah dan pelbagai pengisian kuliah oleh penceramah dan pendawah terkenal.


*Pekan Melor merupakan hentian bas ekspress ke laluan Terangganu, Kuala Lumpur dan laluan Selatan. Pekan ini hidup 24 jam. Ia merupakan zon tengah kelantan yang mudah untuk ke semua lokasi timur barat kelantan.


*Berdekatan Balai Polis Melor dan Homestay ini bakal dilengkapi dengan "Alarm System" Keselamatan


LOKASI PENTING YANG BERHAMPIRAN


200 m - Pusat Latihan Memandu JPJ.


500 m - Pusat Latihan Komuniti Jabatan Pertanian Kelantan.


5 km - Pekan Ketereh yang boleh menuju ke Politeknik Kok Lanas dengan jarak cuma 1.7 km dari Pekan Ketereh ini cuma 1.3 Km ke Satdium Red Warriors yang dalam pembinaan.

6 Km - Pekan Gunung.


7 Km - Pekan Jelawat dan SMK Perdana.


8 Km - UMK, ILP, PPD Bachok, Kem Khidmat Negara Bachok.


10 Km - Istana Sultan Kelantan.


11 Km - HUSM Kubang Krian.


13 Km - Pantai Irama pantai pelancongan.


15 Km - Kota Bharu


16 Km - Pasir Putih.


406 Km - Kangar Perlis.


Untuk Tempahan Sila Hubungi Saya

0194807144 @ 0194658144

Email - azlee@ymail.com








Foto Kaabah dulu dan kini

Foto Kaabah dulu dan kini

Tujuh Benda Ajaib Di Dunia


7 benda ajaib didunia,sering kita sebut-sebut sebagai hadiah terbaik tamadun lalu kepada manusia pada masa kini.Namun apa dia sebenarnya ketujuh-tujuh benda ajaib tersebut.

Sebahagian daripada kita langsung tidak mengetahui apakah sebenarnya atau lokasi benda-benda ajaib tersebut.mengikut sejarah yang telah ditulis,dimulakan susunannya oleh seorang penulis bernama Antipater dari Sidon,pengaruh pertama dari empayar Greek kuno pada tahun 100's B.C.Sejarah ditulis,diubah, serta direka.


Namun Bukti tetap ada pada kesan runtuhannya sebagai peringatan kepada umat yang akan datang. So, check it out guys!



1)
Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer.


2) Piramid yang dibina dengan 2,500,000 blok batu besar yang tersusun rapi. Piramid Giza:keajaiban dari bangsa mesir kuno.


3) Taj Mahal istana yang dibina oleh Maharaja India, Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz


4) Candi Borobudur yang terletak di Jawa


5) Angkor Watt di Kemboja


6) Taman Tergantung Babylon yang dibina lebih 3,000 tahun yang lalu


7) Menara Condong Pisa yang terletak di Itali.

Ribut Taufan Perlis 2010. Apa tandanya?

Ribut Taufan Perlis 2010. Apa tandanya?

Resepi Kuih Donat


Bahan-bahan:

1) 500 gram tepung gandum
2) 50 gram gula halus
3) 1 cawan susu tepung
4) ½ sudu teh garam
5) 1 bungkus yis kering
6) 1 sudu makan lemak sayur
7) 1 biji telur (pukul)
8) 2 sudu makan marjerin
9) 250 ml air suam
10) minyak masak (untuk menggoreng tenggelam)
11) Gula halus (pilihan bahan untuk salut)


Cara penyediaan:

1) Masukkan tepung, gula, susu, garam dan lemak sayur ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2) Masukkan telur, marjerin dan air suam. Gaul rata hingga menjadi doh. Uli doh hingga tidak melekat.
3) Tutupkan dengan kain lembab, biarkan naik hingga 2 kali ganda.
4) Selepas naik tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar. Uli sekali lagi.
5) Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan. Terap mengikut saiz yang dikehendaki.
6) Biarkan adunan naik sekali lagi.
7) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yg sederhana.
8) Goreng donat sehingga keemasan. Angkat dan tos.
9) Biarkan donat sejuk pada suhu bilik. Golek-golekkan donat pada gula halus.

Sedia untuk dihidangkan.

Petua Hilangkan Jerawat

Nah, ni ada satu petua kecantikan untuk menghilangkan kesan jerawat kat muka anda. Ikuti langkah di bawah, okey;


1. Ambil sedikit rizom cekur dan tumbuk sehingga halus.

gambar daun cekur 1

Gambar Daun Cekur - Wikipedia



gambar rizom cekur 1

Gambar Rizom Cekur - Mardi




2. Kemudian, campurkan pula rizom cekur yang dah ditumbuk halus tadi dengan bedak sejuk.

3. Gaul dan kacau campuran tu sehingga sebati.

4. Sapukan pada kawasan kulit muka anda yang berjerawat tu sebelum tidur.

5. Pada keesokan pagi, cucilah wajah anda sampai bersih.


Amalkan pemakaian bedak sejuk + rizom cekur ni sampailah parut jerawat anda tu hilang.


Selamat Mencuba!