Tuesday, November 30, 2010

Harga petrol RON97 naik 15 sen lagi..BN = Barang Naik


Harga petrol RON97 naik 15 sen lagi

Nov 30, 10 8:07pm

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter berkuatkuasa 1 Disember ini, mengikut sumber.

Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat lewat hari ini. Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.TAPI KITA MALAYSIAKAN PENGELUAR MINYAK....NEGARA PENGELUAR LAIN TAK NAIK PUN...mampiuh la kita.....
azlan

Monday, November 29, 2010

Dr Asri Matan Mufti Perlis : Beri Insentif Pada Pasangan Kahwin Campur

Asri: Beri insentif pada pasangan kahwin campur

Bekas mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mencadangkan perkahwinan dijadikan antara faktor bagi mendekatkan hubungan antara kaum yang berbeza di negara ini.
Sehubungan itu, katanya golongan yang berpengaruh dan kerajaan hendaklah menggalakkan perkhwinan campur termasuk memberikan insentif tertentu kepada pasangan yang berkahwin rentas kaum berkenaan.
Menurutnya, sejarah telah membuktikan perkahwinan telah menjadi faktor perdamaian dan interaksi harmoni antara budaya dan kaum.
“Perkahwinan antara kaum hendaklah tidak bersifat menghapuskan budaya dan nilai positif yang dimiliki oleh sesuatu kaum. Setiap pasangan berhak mengekalkan budaya dan adat resam kaumnya yang baik.
“Hendaklah setiap pasangan meraikan warisan dan budaya pasangannya yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip yang dipegang. Memaksa seorang Cina menjadi ‘Melayu’ atau Melayu menjadi ‘Cina’ selepas perkahwinan adalah tindakan yang salah dan tidak membawa keharmonian kaum,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Asri, bagi yang beragama Islam, hendaklah dipastikan keislaman mereka terpelihara. Bahkan individu berkenaan wajar menunjukkan contoh pegangan dan akhlak yang baik kepada pasangannya kerana sikap dan teladan yang buruk akan menyebabkan salahfaham terhadap Islam.
Fahaman agama yang sempit seperti menghalang pasangan yang menganut Islam berhubung dan berbuat baik kepada keluarga asalnya, menziarahi mereka atau menafikan nama keluarga seperti menukar nama ‘bapa’ adalah sesuatu yang tidak diajar oleh Islam.
“Bahkan nas-nas Islam menyanggahi hal tersebut. Ia adalah ‘kesempitan pemikiran setempat’ yang patut digugurkan dari masyarakat kita. Ia antara penghalang keharmonian kaum dan agama,” katanya.
Bekas mufti Perlis itu juga berkata perkahwinan antara kaum patut dijadikan kesempatan memahami dan mempelajari nilai-nilai mulia yang dimiliki oleh setiap kaum dan bukan bertujuan menghapuskan identiti kaum berkenaan.
“Dengan itu, setiap kaum akan hormati dan cuba memahami kelebihan dan kekurangan yang dimiliki lantas melaksanakan apa yang Allah firman: (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).”
Katanya lagi, perkahwinan campur hendaklah bebas dari anggapan bahawa sesuatu kaum lebih mulia dari kaum yang lain hanya atas faktor keturunan semata-mata.
“Sabda Nabi SAW “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas ‘Ajam (yang bukan Arab), atau ‘Ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani),” katanya.
Menurutnya, jika hal-hal itu, dihayati, perkahwinan campur boleh membantu mengeratkan hubungan antara masyarakat majmuk di negara ini.
Sumber :- Malaysiakini.com

Sunday, November 28, 2010

ORANG ASLI RAYU KERAJAAN SIASAT SELEWENG ELAUN TOK BATIN

JKOAM RAYU KERAJAAN SIASAT SELEWENG ELAUN TOK BATIN – berita hairan

Jaringan Kampung Orang Asli Malaysia (JKOAM) menyeru kerajaan supaya siasatan awam yang telus dijalankan mengenai elaun Tok Batin yang didakwa menerima hanya separuh daripada RM450 sebelum ini.

Menerusi siasatan itu, JKOAM meminta senarai terperinci bagaimana peruntukan berjuta untuk kemudahan asas itu digunakan termasuk senarai kampung yang sudah mendapat kemudahan berkenaan.

Pengerusi JKOAM, Tijah Yok Chopil, berkata pihaknya gembira dengan pengumuman kenaikan elaun Tok Batin sebanyak RM800 sebulan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbanding RM450 pada masa ini, tetapi terkejut kerana kebanyakan Tok Batin hanya menerima RM200 berbanding RM450 itu.

“Kami terkejut kerana selama ini Tok Batin tidak pernah mendapat RM450 tetapi cuma RM200 sebulan, yang diberikan dalam tempoh setahun atau tiga bulan sekali, malah ada masanya tempoh pembayaran elaun ditunda kepada beberapa bulan tanpa alasan jelas.

“Jika benar elaun yang sepatutnya diberikan itu berjumlah RM450 sebulan, sedangkan Tok Batin hanya menerima RM200 sebulan, ke manakah perginya perbezaan baki RM250 itu?

“Ada kes Tok Batin tidak pernah mendapat elaun itu dan bagaimana mahu naik kepada RM800 itu?” katanya yang ditemui pada sidang media di sini baru-baru ini yang turut dihadiri lebih 100 Orang Asli (OA) termasuk 20 Tok Batin dari Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… INI LOWEST OF THE LOW…. kah kah kah..

kah kah kah… INI BANGKAI BERULAT…. kah kah kah..

kah kah kah…. SIAPA PUNYA KERJA… REMBAT DUIT TOK BATIN… kah kah kah..

woit… PAS ATAU DAP ATAU KEADILAN BUAT KERJA INI?... kah kah kah..

kah kah kah... MENGAPA SPRM TAK SIASAT SAMPAI MATI... kah kah kah..

woit… APA JADI DENGAN KU LI…. kah kah kah..

kah kah kah… KU LI INI RAJA KEPADA SEMUA TOK BATIN… kah kah kah..

kah kah kah… SEYAP AJE… LEPAS KENA KELENTONG DI GALAS….TERUS SENYAP…. kah kah kah..

kah kah kah… HEBAT PUKULAN SEMBAB… TERUS SENYAP TOK BATIN KU LI….. kah kah kah

nota:
sila teka siapa
agaknya yang merembat
dana ini ?

hantu micheal jackson?
bradd pitt?
gerombolan?

100 tingkat beza dengan 100 keluarga

Sumber asal  dari http://dragsuperstar.blogspot.com   
Najib dengan angkuh mengatakan kerajaan akan membina Menara Warisan yang bernilai RM 5 Billion. Menara yang kononnya akan menjadi kembar kepada KLCC. Menara yang dikatakan akan menjadi tarikan pelancong.

Tapi pernahkah Najib memikirkan nasib keluarga - keluarga miskin yang berada di negeri - negeri yang bernaung di bawah bendera Malaysia ini. Pernahkah Najib melawat negeri - negeri yang masih punyai kemiskinan tegar di negara ini. Najib tidak pernah merasai kesusahan orang kampung terpaksa menoreh getah dan membuat bermacam - macam kerja untuk menyara anak bini mereka.

5 Billion jika digunakan secara telus dan jujur, sudah pasti ramai keluarga - keluarga yang susah dapat manfaat tersebut. Lihatlah, berapa banyak lagi kawasan kampung yang masih punyai jalan merah. Lihatlah, berapa banyak lagi kawasan kampung tidak punyai signal syarikat telekomunikasi seperti Maxis dan lain - lain. Jangan nafikan. Ini adalah fakta yang boleh kita perolehi jika kita rajin merantau di negeri - negeri yang berada dalam Malaysia ini. Saya orang Semenanjung boleh melihat kemiskinan tegar tersebut. Bagaimana pula dengan mereka yang berada di Sabah dan Sarawak.

Apa salahnya 5 Billion itu disalurkan kepada makanan ruji. Kebanyakkan rakyat Malaysia bekerja sebagai pekerja sektor swasta. Masih ramai diantara mereka jika adanya kenaikan harga gaji, sudah pasti teramat sedikit. Sedangkan harga barang semakin naik menggila. Harga makanan semakin naik. Poket kami semakin kering. Jika benar Belanjawan ini untuk rakyat, salurkan 5 Billion itu kepada makanan ruji. Ini bukan mental subsidi, tapi sebuah kerajaan yang baik adalah sebuah kerajaan yang memikirkan masalah rakyat. Subsidi jika kena pada tempatnya mampu melahirkan rakyat yang sihat dan tidak kebuluran. Bagi mereka yang sudah kaya - raya pasti akan menganggap subsidi makanan mentaliti yang kuno. Tapi cuba teropong ke bawah, lihatlah orang kampung yang masih ada lagi yang makan makanan yang tidak sihat. Kerana apa? Kerana makanan yang sihat tidak mampu mereka beli kerananya semua sudah mahal.

5 Billion jika disalurkan kepada kos perubatan sudah pasti ianya menyenangkan hati rakyat. Hanya ini mampu membuatkan mereka merasa selesa. Hanya ini mampu membuatkan mereka yakin bahawa kerajaan ini sememangnya mahu melihat rakyatnya sihat. Perbanyakan klinik kesihatan desa. Hanya ini cara mereka mendapat rawatan yang kualiti. Tingkat servis atau perkhidmatan di klinik - klinik desa agar mereka yang sedang sakit demam atau sebagainya tidak menunggu lama. Ini sepatutnya dilakukan oleh kerajaan.

5 Billion jika disalurkan kepada bangunan 100 tingkat hanyalah pembaziran nyata. Jika dibuat pada ketika ekonomi kita sedang gagah dan kuat tidak mengapa. Dalam waktu sekarang, disaat masih ramai lagi yang menagih bantuan kepada 5 Billion itu tidak disalurkan kepada mereka. Kita orang bandar jangan angkuh. Sila lihat apa yang terjadi kepada saudara - mara kita yang berada di kampung. Baik yang Melayu, Cina, India, Iban dan lain - lain.

5 Billion jika disalurkan kepada 100 orang keluarga yang susah. Sudah pasti nilainya lebih bermakna daripada bangunan 100 tingkat. Bangunan yang boleh dibina kemudian hari. Yang penting adalah rakyat. Rakyat yang menjadi aset penting kepada negara. Tanpa rakyat hilanglah Malaysia. Tanpa rakyat siapalah Rosmah?

Malu jika sebuah kerajaan negeri mampu memberi pelbagai bantuan. Kerajaan pusat sepatutnya mampu buat lebih daripada itu.

Buat rakyat Malaysia yang punya otak dan akal. Berfikirlah dengan baik. Kita sebagai rakyat Malaysia semakin terdesak. Kita semakin kurang duitnya dalam poket kita. Apa yang perlu kita buat. Ubah sebelum parah!! 

Akta Siber, Supaya Rakyat Pekak Dan Buta Maklumat.

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad   
MONDAY, 22 NOVEMBER 2010 11:56

    Tindakan  Kementerian Dalam Negeri yang akan memperkenalkan garis panduan bagi menerangkan definisi kesalahan hasutan secara terperinci satu lagi usaha untuk membuta dan memekakkan rakyat untuk mendapat maklumat sebenar di negara ini. PAS berpandangan tindakan ini lebih kepada usaha  untuk membendung maklumat penyelewengan kerajaan BN dapat diketahui oleh rakyat di negara ini. 
   Seperti yang kita sedia maklum Umno BN hanya bergantung kepada propaganda media perdana sahaja untuk mengekalkan pengaruh mereka di negara ini. Mereka tidak mampu untuk melawan serangan yang dibuat oleh media baru pada hari ini, walaupun mereka mengupah individu untuk  melemparkan fitnah kepada PAS dan Pakataan Rakyat. Pertarungan dan perbahasan di media baru berakhir dengan individu yang makan upah Umno BN lari lintang pukang kerana tidak tahan dengan asakan yang dibuat oleh penyokong Pakatan Rakyat
 Seluruh jentera Umno sudah tidak bermaya, ia hanya bergantung kepada media radio dan televisyen sahaja. Malahan setengah tempat Umno terpaksa swastakan program penerangan melalui NGO yang pro Umno supaya menganjurkan program, jika tidak orang tidak mahu datang jika atas lambang Umno. Sebab itu tidak hairan kepada kita BN sudah membuka peluang kepada NGO untuk bersama BN seperti yang diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi BN.
 PAS berpendapat tidak cukup lagi kah Umno mengongkong rakyat dengan Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Mesin Cetak dan  Akta Hasutan. Kerajaan boleh bertindak ,mengikut akta yang sedia ada dengan membawa pesalah ke muka pengadilan. Adakah salah rakyat pada hari ini mendapat maklumat yang benar supaya mereka boleh membuat pilihan yang tepat untuk melantik pemegang amanah khazanah di negara ini. Jika maklumat yang didedahkan ini seperti maklumat ketenteraan negara, penghinaan kepada agama dan bangsa maka kerajaan boleh bertindak. Tetapi jika maklumat yang didedahkan ialah penyelewengan yang merugikan negara dan rakyat, kenapa perlu kerajaan takut untuk menghadapi penghakiman yang akan dibuat oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Wednesday, November 24, 2010

Malaysia Layak Ke Final Buat Pertama Kali Dalam Sejarah Hoki Sukan Asia


Daripada Farhanah Azmi GUANGZHOU, 23 Nov (Bernama) -- Malaysia mencipta sejarah dalam Sukan Asia apabila skuad hoki lelaki negara melangkah ke final sejak 1958 dengan menewaskan India 4-3 pada perlawanan separuh akhir di sini hari Selasa.

Jaringan emas Muhammad Amin Rahim lima minit dalam masa tambahan berjaya membuka lembaran baharu dalam sukan itu sekaligus menebus kekecewaan di tangan bekas juara dunia itu dan penyandang emas Sukan Komanwel di New Delhi, bulan lepas.

Malaysia ketinggalan dua kali dalam jaringan sebelum bangkit untuk menyamakan kedudukan 3-3 dalam masa penuh, memaksa perlawanan beralih ke masa tambahan 'sudden-death'.

Kejayaan bermakna itu membolehkan Malaysia menebus kekalahan 2-3 kepada India di New Delhi dan mencapai sasaran pingat di sini selepas menduduki tempat keenam pada edisi lepas di Doha, Qatar, pada 2006.

"Pemain bermain dengan cemerlang dan melakukan tugas dengan baik sekali di benteng pertahanan dan pukulan sudut penalti. Kemenangan ini adalah hasil kerja secara berpasukan dari penjaga gol S. Kumar hingga ke barisan penyerang," kata ketua jurulatih Stephen Van Huizen.

Perlawanan menarik dan penuh debaran itu turut disaksi oleh Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF), Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, presiden Persekutuan Hoki Malaysia (MHF) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan ketua kontinjen negara Datuk Zolkples Embong.

Dalam saingan itu, kedua-dua pasukan memulakan rentak dengan berhati-hati dengan cuba mempertahankan benteng pertahanan sebelum Malaysia membuka tirai jaring menerusi Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-32.

Bagaimanapun, India menyamakan jaringan beberapa saat sebelum berakhir babak pertama apabila pukulan Sandeep Singh menembusi benteng pertahanan Malaysia menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-35.

Dua minit selepas babak kedua bermula, Khandker Tushar meletakkan India di hadapan dengan jaringan padang sebelum Azlan Misron menyamakan semula kedudukan pada minit ke-49.

Ketua pasukan India Raj Pal Singh sekali lagi meletakkan India di hadapan pada minit ke-54 tetapi tinggal tiga minit sebelum siren penamat dibunyikan, Muhamad Amin menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam siri Sukan Asia ialah pingat gangsa sebanyak tujuh kali dengan kali terakhir pada edisi 2002 di Busan, Korea Selatan.

Pada perlawanan akhir Khamis ini, Malaysia akan menentang Pakistan yang sebelum ini menewaskan juara bertahan Korea Selatan 4-3 selepas pukulan penalti dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

-- BERNAMA

Korea Utara Serang Korea Selatan. Ramai terbunuh

Korea Utara Serang Korea Selatan



INCHEON - Tentera Korea Utara melepaskan sekurang-kurangnya 200 bedilan meriam ke Pulau Yeonpyeong milik Korea Selatan dekat sempadan semalam hingga menyebabkan dua askar Korea Selatan terbunuh manakala 19 yang lain cedera termasuk 17 anggota tentera dan tiga orang awam.
Bedilan itu menyebabkan tentera Korea Selatan membalas dengan serangan artileri serta mengerahkan beberapa buah jet pejuangnya ke lokasi tersebut dengan pertempuran berterusan selama sejam.
"Rumah-rumah dan beberapa kawasan pergunungan terbakar manakala orang ramai berpindah dari Pulau Yeonpyeong," kata seorang saksi kepada stesen televisyen YTN.
Sumber Korea Utara mendakwa, serangan meriam itu dilancarkan selepas Korea Selatan tidak menghiraukan amaran supaya ia menghentikan latihan ketenteraan di lokasi berkenaan.
Selepas serangan itu berlaku, asap kelihatan dari bangunan-bangunan di Pulau Yeonpyeong yang dihuni kira-kira 1,700 orang awam dan terletak sekitar 120 kilometer ke barat ibu kota Korea Selatan, Seoul.
Sementara itu, Amerika Syarikat semalam mengutuk serangan Korea Utara itu dengan Setiausaha Akhbar White House, Robert Gibbs meminta Pyonyang supaya menghentikan tindakan provokasi dan mematuhi perjanjian gencatan senjata yang menamatkan Perang Korea pada 1953.
Serangan kali ini adalah yang terbaru dalam persengketaan ketenteraan antara kedua-dua belah pihak selepas sebuah kapal perang Korea Selatan tenggelam pada Mac lepas dipercayai akibat bedilan torpedo tentera Korea Utara. - Reuters

TIPS MENDAPATKAN TRAFFIC MANTAP

Saya dapat drp http://zairiedinzly.blogspot.com


Jom la lapangkan masa baca sikit kat bawah ni hehhe

kalau sebut pasal trafic, mesti korang terbayang uniqe visitor blog kan..??? salah tu.. sebenarnya aku terbayangkan polis trafik tu.. hahaha... betul la... uniqe visitor... siapa tak nak kan sehari blog dia cecah 200 to 300 uniqe visitor... bagi aku banyak tu.. ingat senang ke 300 orang nak bukak blog kita nie.. susah wooo... hehe... so, apa rahsia nya....??? ala... nama pun rahsia.. mana boleh bagi tahu... so, kita terpaksa la tukar topik lain.. hehe... gurau je.. jangan marah yer.. :)



sesak nyer... memang mantap trafic nie. hehe

kan best kalau blog aku sesak cam tu.. nie cuma sesak sementara je.. pastu memanjang lancar.. huhu.. jadi kalau nak bagi sesak apa tips dia..?? baiklah.. aku nie takda la banyak sangat nak dikongsi kan dengan korang.. apa yang boleh aku kongsi, aku kongsi.. sharing is caring kan... ??  :)

untuk mendapatkan trafic yang mantap bukan lah suatu kerja yang senang, ia perlu usaha yang lebih... tapi untuk blog kita, kita sanggup buat apa je kan?? ingat lah.. orang yang rajin berusaha, pasti berjaya.. betul tak..??




gambar diatas sekadar berkongsi.. tiada niat lain.. yang tu adalah lah statistik blog aku.. bila?? biar lah rahsia.. tak penting pun.. yang penting, tips tu.. hehehe...


TIPS 1 (BLOGWALKING)

nie merupakan asas untuk tarik blogger lain datang blog kita.. kita merayap blog kawan kawan hingga sesat sampai tak jumpa jalan pulang.. tinggalkan jejak di shout box mereka... bertanya khabar.. dah makan ke belum.. dan dengan meninggalkan link korang dekat shoutbox, pasti tuan blog or penggunjung blog tu akan singgah blog korang... 





TIPS KE-2 (KOMEN)


Kita kalau dah singgah blog kawan kawan tu, apa salahnya komen jap entry beliau.. penat dia karang panjang panjang... at least kalau korang komen, ada la respond dari dari pembaca dan penulis.. baru la best berblog.. ilmu dapat, member dapat.. duit??? no komen.. hehhe...
sebenarnya aku nak kasi link nie kat korang semua.. khas untuk pembaca blog zairie.. tiada terdapat di mana mana.. limited edition punya.. hehehe... ok... sila beri kan perhatian sepenuhya ok.. cam cikgu lak.. hehe


lepas korang komen panjang lebar sampai cecah lantai, letak la link nie untuk mempromosikan entry terbaru korang.. 


nie adalah contoh yang aku buat.. boleh la buat sebagai rujukan..


<a href="URL ANDA"> TEXT PERWAKILAN URL </a>



Mudah bukan?? kalau korang buat macam tu, orang tahu la apa entry terbaru anda... :)


<a href="http://innit.nuffnang.com/redirect/285342"> IKLAN NUFFNANG MAIN SOROK SOROK DENGAN AKU  </a>






TIPS KE-3 (BUAT ENTRY YANG PANAS)


Entry panas yang aku maksud kan bukan lah merujuk kepada cerita yang tak senonoh k.. korang nie.. fikir bukan bukan je .. hehe... entry yang panas maksud nya keyword yang orang selalu cari or search kat google...
contoh :




  1. kes pembunuhan Dato sosilawati lawiya
  2. jadual peperikasaan
  3. epilog syurga cinta
  4. dan lain lain lagi...


Apa yang aku bagi nie mungkin sikit je... tapi harap ia dapat memberikan manfaat kepada korang semua... lepas nie.. bila trafic dah mantap, baru la BE mari.. bila BE sudah mari, baru la earning nuffnang korang masyuk...






wah.. aku baru jer dapat BE lagi dari nuffnang


BE DARI AIR ASIA.. THANKS :)


ingat.. yang kejar duit sangat.. kejar sikit sikit tak pa.. hehe... percayalah, bila trafic korang dah mantap, confirm ada advertiser nak iklan kan iklan dorang kat blog korang... 

assalamualaikum..

Saturday, November 20, 2010

Mengapa Kerajaan BN Berbohong? Kenyataan Dr Juanda Jaya dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Mengapa Kerajaan BN Berbohong?

(Kenyataan Bersama Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin)

1. Apa yang didakwa oleh banyak pihak, terutama parti pembangkang bahawa isu keselamatan negara yang membabit ancaman pengganas yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan adalah permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh. Kerajaan Pusat kelihatan memperjudikan isu keselamatan negara yang diada-adakan untuk kepentingan tertentu.

2. Buktinya, laporan Malaysiakini pada 22hb Jun 2010, yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI (Jamaah Islamiah) di Bukit Aman pada 21 Jun, yang dihadiri oleh Menteri, Timbalan Menteri dan TNC-TNC seluruh negara, penceramah yang diundang oleh pihak polis Zamihan Mat Zain dari ILIM telah mendakwa dengan satu dakwaan yang sangat jahat iaitu YB Presidan PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, YB Dato Seri Shahidan Kassim, kami berdua dan ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan wahabi dan pengganas JI. Demikian dikaitkan pertubuhan JIM dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah.

3. Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan. Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamerkan Islam yang “tolerance” dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami. Justeru, Zamihan dan polis wajib bertanggungjawab atas fitnah ini.

4. Bagi kami YB Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan. Beliau ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat. Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Sekali lagi, Zamihan dan polis perlu bertanggungjawab terhadap fitnah ini.

5. Demikian Dato Seri Shahidan Kassim. Bekas MB Perlis dan kini Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Naib Presiden PERKIM, Malaysia dan akvitis berbagai kebajikan rakyat. Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya UMNO dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu.

6. Adapun JIM kami tidak mempunyai maklumat yang banyak mengenai mereka. Namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu. Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai.

7. Pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap fitnah rambang ini. Siapakah Zamihan sehingga dia digunakan oleh pihak polis untuk membuat agenda jahat ini? Polis sepatutnya menyiasat beliau ini dan hubungannya dengan mentor yang selalu dirujuk kepadanya iaitu Hasan al-Saqqaf. Hasan al-Saqqaf yang terkenal suka menyesat dan mengkafirkan sesiapa yang berbeza pandangan dengannya itu, kini terbabit dengan isu keselamatan negara Jordan.

8. Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan Zamihan ini, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri seakan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas.

9. Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia berkemungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.

10. Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab. Pemerintahan yang menggunapakai kaedah tipu muslihat, berbohong, menggadaikan maruah orang lain untuk kepentingan sempit, mencemarkan hak rakyat dan memanipulasikan isu keselamatan negara adalah amat merbahaya bagi sesebuah negara yang harmoni.

11. Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit.

Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya
(Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Ahli Fatwa Kebangsaan, kini Visiting Fellow Oxford University, UK)

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(Bekas Mufti Perlis, Ahli Majlis Agama Islam Perlis, Pensyarah Pengajian Islam USM)

Sumber 23 Jun 2010 :- Drmaza.com

Friday, November 19, 2010

TANDA-TANDA KEBESARAN ALLAH SWT DALAM PEPERANGAN DI GAZA

Berikut adalah tulisan Dr Abdul Rahman Ahmad Jamal, salah seorang pemimpin Hamas berkenaan perang di Gaza:-
Bukanlah secara kebetulan bahwa peperangan yang dihadapi oleh rakyat Palestin di Gaza dengan penuh keteguhan dan kesabaran disebut dengan perang “Al-Furqan” atau perang pembeza. Penamaan ini sudah menjadi takdir Allah swt. Perang ini adalah sambungan dari perang Badar yang dinamakan oleh Allah yang Maha Kuasa pada Hari Al-Furqan di mana bertemunya dua kelompok.
Dalam peperangan Badar, tanda2 Allah sangat jelas terlihat dengan pertolongan- Nya kepada orang yang beriman yang jumlahnya sedikit. Bahkan Allah mentadbir dan mengatur peperangan itu dengan mengerahkan malaikat untuk berperang bersama orang-orang yang beriman. Malaikat memberikan rasa mengantuk kepada orang mukmin untuk keamanan dan ketenangan bagi mereka, menurunkan air dari langit untuk membersihkan orang-orang yang beriman dari kotoran syaitan dan mengikat hati-hati mereka dan meneguhkan kaki-kaki mereka. Allah swt mewahyukan kepada para malaikatnya dengan firmanNya :
“أني معكم فثبتوا الذين آمنوا سألقي في قلوب الذين كفروا الرعب”
“Bahwa Aku bersama kamu, maka kukuhkanlah pendirian orang-orang yang beriman. Akan kami berikan ketakutan dalam hati orang-orang kafir,” (QS : Al-Anfal 12)
Begitu juga para malaikat ikut memerangi orang-orang musyrik
“فاضربوا فوق الأعناق واضربوا منهم كل بنان”
“Maka pukullah atas leher-leher mereka dan pukullah ujung jari-jari mereka”
Serta lemparan Rasulullah saw yang mengena kepada sasaran
“فلم تقتلوهم ولكن الله قتلهم وما رميت إذ رميت ولكن الله رمي “
“Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka (orang kafir) tapi Allah yang membunuh mereka, dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar namun Allah yang melempar” (QS : Al-Anfal 17)
Allah swt memperlihatkan jumlah orang-orang musyrik di mata Rasulullah saw dalam mimpinya dengan jumlah yang sedikit dan Allah memperlihatkan di mata orang-orang mukmin jumlah orang-orang kafir sedikit. Ketika dua kelompok ini bertemu, maka orang-orang kafir melihat jumlah orang mukmin dua kali ganda. Allah menolong siapa saja yang dikedendakinya. Semua itu adalah karamah dalam pertempuran Al-Furqan.
Dalam pertempuran Al-Furqan di Gaza sebulan yang lalu, benar2 nampak dokongan dan pertolongan Allah kepada para mujahidin bahkan kepada manusia secara umum. Allah swt mengurniakan sejumlah karamah kepada mujahidin untuk memberikan keteguhan di hati mereka. Itu tidak pelik dan aneh.
Para ulama menegaskan dengan dalil yang kuat bahwa para malaikat yang turun di perang Badar untuk berperang bersama orang-orang mukmin itu tidak khusus untuk ahli Badar namun umum untuk semua golongan orang-orang yang beriman; jika mereka ikhlas dan benar dalam jihadnya untuk meninggikan kalimat Allah dan menegakkan syariat-Nya. Sejumlah mujahidin yang berada di medan jihad di Gaza menceritakan peristiwa2 yang terjadi kepada mereka yang membuatkan hati mereka tenang.
Karamah pertama adalah keteguhan para mujahidin di medan perang yang digempur habis-habisan oleh pesawat tempur di atas kepala mereka dan kereta2 kebal di sekeliling mereka. Namun mereka tetap berperang tanpa rasa gentar. Orang-orang yang menyaksikannya memiliki prasangka yang bermacam-macam terhadap Allah swt dan hati mereka seakan tergoncang oleh gempa bumi yang dahsyat. Faktor2 pertolongan di muka bumi sudah habis dan hanya ada pertolongan dari Allah swt.. Maka Allah swt melimpahkan karamah kepada mereka. Dalam peperangan sebelum ini yang pernah dialami oleh kaum muslimin sepanjang sejarah, banyak kisah-kisah yang dicatatkan tentang karamah ini.
Salah satu karamah terjadi di desa Mighraqah di mana sejumlah mujahidin melihat dengan mata kepala mereka sendiri. Mereka melihat sebuah rumah dihancurkan oleh tentera Zionis Israel dengan bom yang besar sehingga mereka khuatir akan mengena ke rumah di sebelahnya. Dalam kebakaran yang hebat itu, mereka melihat seorang mujahid berdoa kepada Allah swt dengan menangis: “Wahai Allah yang menjadikan api, dingin dan keselamatan bagi Ibrahim, padamkan api dengan kehendak-Mu” di mana hanya selang tiga minit sahaja selepas itu api itu padam. Maka para mujahidin yang turut menyaksikan itu menangis semuanya kerana mereka merasakan Allah swt menolong dan mengabulkan doa mereka.
Masih pada pertempuran di Mighraqah di mana pesawat-pesawat tempur Israel menggempur dan mengepung mujahidin dari atas kepala mereka. Mereka tidak dapat bergerak. Tiba-tiba datang awan mendung yang memayungi mereka dan menutupi pesawat tempur Israel untuk melihat ke bumi. Maka para mujahidin pun bergerak bagi menghindarkan diri mereka dari tempat itu.
Ada juga cerita seorang mujahid yang mengalami sendiri bersama rakan-rakannya yang sedang berada di sebuah rumah. Bom dan peluru berpandu dari pesawat dan kereta kebal Israel menggempur mereka habis-habisan, namun tidak seorangpun yang terkena serangan itu. Sebahagian dari kami merasa takut. Namun tiba-tiba dia mengajak kami menghalang kereta2 kebal Israel yang menyerang kami sehingga Allah memberikan pertolongan untuk meledakkan beberapa kereta kebal yang ada. Maha Suci Allah yang menurunkan ketenangan dalam hati-hati orang yang beriman dan Allah memiliki tentera-tentera di langit dan bumi dan Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana.
Seorang mujahid menceritakan kepada penulis bahwa mereka melihat dua kereta kebal meletup dan terbakar di tempat mereka memasang bom tepi jalan. Ketika kami menghampiri dua kereta kebal Israel yang meletup itu, ternyata bom tepi jalan yang kami pasang belum meletup.
Seorang mujahid lain menceritakan bahwa ia bersendirian ketika memasang bom tepi jalan. Beberapa saat kemudian ia sudah dikepung oleh kereta2 kebal Israel . Dalam keadaan yang cemas itu, ia berbisik dalam dirinya, “carilah tempat yang lebih aman”. Namun ia mendengar satu suara tanpa diketahui dari mana datangnya; “tetaplah berada di tempatmu”. Maka dia tetap berdiri di tempatnya dan tiba-tiba ketenangan merasuk dalam hatinya dan Allah memberikan pertolongan dengan meletupnya kereta2 kebal Israel itu.
Seorang mujahid lain menceritakan bahwa ketika dia hendak melepaskan roket, ia merasa ada “orang” yang membetulkan sasarannya ke kanan dan ke kiri sedikit.
Penulis sendiri mencium bau wangian yang keluar dari poket baju jasad seorang mujahid yang Syahid bernama Abdullah As-Shanik padahal ia sudah 20 hari terbungkus.
Bau wangian yang sama juga penulis cium dari jasad Syahid Musa Hasan Abu Nar yang terbunuh dan darahnya meluncur keluar membasahi lantai masjid. Meskipun darah itu dibersihkan namun baunya itu masih wangi. Bukan hanya penulis yang menciumnya namun orang lain juga begitu. Ini sungguh meyakinkan penulis akan kebenaran jalan dan langkah Rasulullah SAW meski orang-orang kafir dan munafik benci.
Bahkan kesaksian-kesaksian dari askar2 Yahudi yang disiarkan oleh Channel 10 televisyen Israel bahwa mereka menyaksikan lembaga aneh yang mereka yakini sebagai hantu yang keluar dari bumi dan memerangi mereka.
Ada juga kesaksian dari seorang askar Israel yang buta matanya akibat dilempar dengan pasir oleh seorang laki-laki yang berpakaian putih.
Bahkan ketakutan yang dicampakkan ke dalam hati-hati orang Yahudi menjadikan mereka yang memiliki senjata jauh lebih canggih dari senjata kaum mujahidin Palestin takut untuk membuat serangan dan hanya menyerang kanak-kanak, wanita, orang2 tua dan orang awam yang tidak membawa senjata.
Wahai warga Gaza , para mujahidin yang sabar dan teguh, Allah bersama kamu. Kamu telah mendapat kemuliaan di perang Gaza dan kamu tulis sejarah di lembaran yang bersinar, Kamu kalahkan lagenda tentera Israel yang kononnya sukar dikalahkan. Kamu tanamkan ruh jihad di dalam hati umat ini meskipun dengan pengorbanan dan kehancuran rumah-rumah kamu, meskipun dengan mengorbankan para syuhada. Kamu jual jiwa-jiwa kamu dan harta kamu dengan syurga dan Allah membelinya, maka bergembiralah dengan perniagaan kamu dan itulah kemenangan yang besar.
Bagi-Mu ya Allah segala pujian dan bagi-Mu segala syukur, semua urusan dikembalikan kepada-Nya, yang terang dan rahsia, segala puji dengan Islam, Iman, Al-Quran, dengan ribat, jihad sehingga Engkau mudahkan urusan kami dalam mengalahkan musuh kami, dan Engkau bantulah mujahidin kami. Segala puji bagi-Mu sesuai dengan wajah-Mu dan keagungan kekuasaan-Mu.

Penggodam Malaysia ditahan ‘curi’ 400,000 kad kredit di AS

NEW YORK: Seorang penjenayah siber Malaysia dikatakan berjaya menggodam rangkaian komputer Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dan mencuri hampir setengah juta nombor pemegang kad kredit dan debit, kata pejabat Peguam Negara di New York.
Lin Mun Poo, seorang warga negara Malaysia ditahan 21 Oktober lalu selepas memasuki Amerika Syarikat dihadapkan di mahkamah juri, semalam.Beliau dituduh atas kesalahan menggodam Bank Pusat AS di cawangan Cleveland, Ohio dalam beberapa serangan menggodam untuk mencuri lebih 400,000 nombor kad kredit.
Beliau juga didakwa kerana memecah beberapa sistem pertahanan komputer di negara itu.
Poo yang kini dalam tahanan untuk perbicaraan dikatakan amat cemerlang dalam kerjayanya di beberapa institusi kewangan, mengambil kontrak untuk mengukuhkan sistem pertahanan komputer, termasuk menjual dan memperdagangkan maklumat,” kata pejabat Peguam Negara AS.
Pasukan Perkhidmatan Perisikan Amerika memberkas Poo yang berusia 32 tahun itu beberapa jam selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di New York.
“Ejen perisikan merampas komputer bimbit Poo yang mengandungi ribuan data akaun kewangan dan maklumat peribadi yang dipercayai diperolehnya menerusi kegiatan
penggodaman,” katanya.

myMYRAYANA HOMESTAY

my Myra Yana Homestay
Melor Kota Bharu Kelantan Malaysia




BERKONSEPKAN BANGLOW- HOMESTAY

* Lengkap perabut, peti sejuk, mesin basuh, TV, katil, dapur gas, pinggan mangkuk dan lain-lain.


* Bekalan air "mineral" boring berkualiti dan jernih.


* Suasana kampung dihadapan jalan yang bertentangan.


*Terletak tepi jalan Melor ke Gunung.


*Hanya 1.2 km dari simpang utama Pekan Melor ke Pekan Gunung.


*Pekan Melor lengkap dengan kemudahan 3 stesyen minyak iaitu Shell, Petronas dan Esso Mobil, kedai 24 Jam, Mesin ATM, Bank, Restoran, kedai-kedai makan, pasar dan banyak lagi.


* Cuma 1.2 km ke Masjid Mahmudi dan Sekolah Agama Azariah Tahfiz yang terkenal dengan pelbagai program dakwah dan pelbagai pengisian kuliah oleh penceramah dan pendawah terkenal.


*Pekan Melor merupakan hentian bas ekspress ke laluan Terangganu, Kuala Lumpur dan laluan Selatan. Pekan ini hidup 24 jam. Ia merupakan zon tengah kelantan yang mudah untuk ke semua lokasi timur barat kelantan.


*Berdekatan Balai Polis Melor dan Homestay ini bakal dilengkapi dengan "Alarm System" Keselamatan


LOKASI PENTING YANG BERHAMPIRAN


200 m - Pusat Latihan Memandu JPJ.


500 m - Pusat Latihan Komuniti Jabatan Pertanian Kelantan.


5 km - Pekan Ketereh yang boleh menuju ke Politeknik Kok Lanas dengan jarak cuma 1.7 km dari Pekan Ketereh ini cuma 1.3 Km ke Satdium Red Warriors yang dalam pembinaan.

6 Km - Pekan Gunung.


7 Km - Pekan Jelawat dan SMK Perdana.


8 Km - UMK, ILP, PPD Bachok, Kem Khidmat Negara Bachok.


10 Km - Istana Sultan Kelantan.


11 Km - HUSM Kubang Krian.


13 Km - Pantai Irama pantai pelancongan.


15 Km - Kota Bharu


16 Km - Pasir Putih.


406 Km - Kangar Perlis.


Untuk Tempahan Sila Hubungi Saya

0194807144 @ 0194658144

Email - azlee@ymail.com








Foto Kaabah dulu dan kini

Foto Kaabah dulu dan kini

Tujuh Benda Ajaib Di Dunia


7 benda ajaib didunia,sering kita sebut-sebut sebagai hadiah terbaik tamadun lalu kepada manusia pada masa kini.Namun apa dia sebenarnya ketujuh-tujuh benda ajaib tersebut.

Sebahagian daripada kita langsung tidak mengetahui apakah sebenarnya atau lokasi benda-benda ajaib tersebut.mengikut sejarah yang telah ditulis,dimulakan susunannya oleh seorang penulis bernama Antipater dari Sidon,pengaruh pertama dari empayar Greek kuno pada tahun 100's B.C.Sejarah ditulis,diubah, serta direka.


Namun Bukti tetap ada pada kesan runtuhannya sebagai peringatan kepada umat yang akan datang. So, check it out guys!



1)
Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer.


2) Piramid yang dibina dengan 2,500,000 blok batu besar yang tersusun rapi. Piramid Giza:keajaiban dari bangsa mesir kuno.


3) Taj Mahal istana yang dibina oleh Maharaja India, Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz


4) Candi Borobudur yang terletak di Jawa


5) Angkor Watt di Kemboja


6) Taman Tergantung Babylon yang dibina lebih 3,000 tahun yang lalu


7) Menara Condong Pisa yang terletak di Itali.

Ribut Taufan Perlis 2010. Apa tandanya?

Ribut Taufan Perlis 2010. Apa tandanya?

Resepi Kuih Donat


Bahan-bahan:

1) 500 gram tepung gandum
2) 50 gram gula halus
3) 1 cawan susu tepung
4) ½ sudu teh garam
5) 1 bungkus yis kering
6) 1 sudu makan lemak sayur
7) 1 biji telur (pukul)
8) 2 sudu makan marjerin
9) 250 ml air suam
10) minyak masak (untuk menggoreng tenggelam)
11) Gula halus (pilihan bahan untuk salut)


Cara penyediaan:

1) Masukkan tepung, gula, susu, garam dan lemak sayur ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2) Masukkan telur, marjerin dan air suam. Gaul rata hingga menjadi doh. Uli doh hingga tidak melekat.
3) Tutupkan dengan kain lembab, biarkan naik hingga 2 kali ganda.
4) Selepas naik tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar. Uli sekali lagi.
5) Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan. Terap mengikut saiz yang dikehendaki.
6) Biarkan adunan naik sekali lagi.
7) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yg sederhana.
8) Goreng donat sehingga keemasan. Angkat dan tos.
9) Biarkan donat sejuk pada suhu bilik. Golek-golekkan donat pada gula halus.

Sedia untuk dihidangkan.

Petua Hilangkan Jerawat

Nah, ni ada satu petua kecantikan untuk menghilangkan kesan jerawat kat muka anda. Ikuti langkah di bawah, okey;


1. Ambil sedikit rizom cekur dan tumbuk sehingga halus.

gambar daun cekur 1

Gambar Daun Cekur - Wikipedia



gambar rizom cekur 1

Gambar Rizom Cekur - Mardi




2. Kemudian, campurkan pula rizom cekur yang dah ditumbuk halus tadi dengan bedak sejuk.

3. Gaul dan kacau campuran tu sehingga sebati.

4. Sapukan pada kawasan kulit muka anda yang berjerawat tu sebelum tidur.

5. Pada keesokan pagi, cucilah wajah anda sampai bersih.


Amalkan pemakaian bedak sejuk + rizom cekur ni sampailah parut jerawat anda tu hilang.


Selamat Mencuba!