Sunday, March 20, 2011

BERITA TERKINI : AMERIKA SERANG LIBYA

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu telah meluluskan resolusi untuk memberikan kebenaran kepada tentera bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat untuk menyerang Libya. Demikian menurut laporan akhbar massa hari ini.
PARIS – Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya sedang bersedia untuk mengenakan tindakan ketenteraan ke atas Libya berikutan kedegilan pemimpin Libya Muammar Gaddafi yang terus menyerang kubu kuat pemberontak di Benghazi dan melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengenakan zon larangan terbang di sana.
Presiden AS, Barack Obama memberi amaran bahawa Gaddafi bakal berdepan tindakan keras jika tenteranya tidak berhenti menyerang dan berundur dari bandar yang dikuasai oleh puak pemberontak.
Syarat Obama dilihat lebih spesifik berbanding apa yang terkandung dalam resolusi PBB yang diluluskan pada Khamis lalu. Kapal-kapal AS di Laut Mediterranean dikatakan bersedia untuk menyerang pangkalan udara Libya bagi membuka jalan kepada tentera Eropah dan Arab untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di seluruh Libya.
Pesawat pejuang dari Perancis, Britain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bertumpu di pangkalan-pangkalan udara di seluruh Itali sebelum memulakan operasi di bawah arahan dan kawalan AS serta pangkalan tentera lautnya di Naples.
“Syarat-syarat ini tidak boleh dirunding. Jika Gaddafi tidak mematuhi resolusi PBB, masyarakat dunia akan mengenakan tindakan. Resolusi ini akan dilaksanakan menerusi tindakan ketenteraan,” kata Obama.
Enam buah pesawat pejuang F-16 milik Denmark dikatakan telah mendarat di stesen udara tentera laut AS di Sigonella, Sicily. Itali menawarkan tujuh pangkalan tentera laut dan udaranya yang sudah pun menempatkan tentera AS, NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) dan Itali.
Menteri Pertahanan Itali, Ignazio La Russa menyatakan Itali bukan sekadar meminjamkan pangkalan tenteranya, malah bersedia memberi sokongan ketenteraan.
Sementara itu, Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg menyatakan bahawa pihaknya sedia untuk menyumbang enam pesawat pejuang F-16 bagi operasi ketenteraan ke atas Libya. “Pesawat tersebut akan tiba dalam tempoh beberapa hari lagi,” kata Stoltenberg.
Pesawat pejuang dari Britain, Perancis dan UAE dijadual berlepas dari pangkalan tentera Corsica, Perancis. Perbincangan untuk mempercepatkan tindakan ketenteraan ke atas rejim Gaddafi turut disuarakan di Eropah dan Amerika Utara. Negara-negara seperti Sepanyol dan Kanada mula menggerakkan peralatan ketenteraan sebagai persediaan untuk menyerang.
Cameron mengakui bahawa United Kingdom sudah memulakan persiapan untuk menggerakkan pesawat pejuangnya. Dalam beberapa jam lagi, tenteranya akan digerakkan ke pangkalan-pangkalan udara untuk ‘tindakan sewajarnya.’ Sepanyol dan Kanada juga menyatakan mereka akan menyediakan tentera dan jet pejuang.
Tindakan itu akan disegerakan jika Gaddafi meneruskan operasi ketenteraannya. Gaddafi diberi masa sehingga tengah hari semalam untuk mematuhi resolusi tersebut. Semalam, pemimpin dunia bertemu di Paris untuk membincangkan tindakan ke atas Libya.
tentera pemberontak libya, pemberontak libya, gambar pemberontak
Mesyuarat yang merupakan inisiatif Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy itu turut dihadiri oleh Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton dan Perdana Menteri Britain, David Cameron dan Presiden Perancis.
Canselor Jerman, Angela Merkel yang dijangka tidak akan ambil bahagian dalam sebarang tindakan ke atas Libya juga menghadirkan diri. Jordan, Maghribi, Qatar dan UAE merupakan antara negara Arab yang menghadiri mesyuarat sama. Menteri Luar Iraq, Hoshyar Zebari akan hadir selaku Ketua Liga Arab. Setiausaha Agung badan tersebut, Amr Moussa juga mengambil bahagian.
Semalam, duta-duta dari 28 buah negara anggota NATO bermesyuarat di Brussels mengenai penglibatan NATO untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya. Namun, tiada keputusan dicapai bagi menunggu hasil mesyuarat di Paris.
aliran serangan tentera, tentera bersekutu, serangan tentera bersekutu ke atas libya
Dalam satu sidang akhbar di Tripoli, jurucakap kerajaan, Moussa Ibrahim membacakan surat daripada Gaddafi kepada Obama dan pemimpin Barat yang lain.
“Libya bukan hak anda. Libya adalah hak rakyat Libya. Resolusi Majlis Keselamatan tidak sah,” jelas surat yang ditujukan kepada Sarkozy, Cameron dan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon.
Ini bukanlah kali pertama Barat masuk campur dalam hal ehwal negara yang berdaulat. Sebelum ini, AS dan tentera sekutunya pernah menceroboh Iraq, Afghanistan dan Somalia.
Antara alasan signifikan kenapa AS dan sekutunya bersungguh-sungguh mahu menceroboh Libya ialah kerana negara itu kaya dengan sumber minyak dan gas asli. Negara seluas 679,359 meter persegi itu memiliki populasi seramai 6.42 juta orang. – Agensi
Lihatlah… untuk kesekian kali, umat Islam di serang oleh tentera kafir. Dan kita hanya mampu melihat sahaja umat Islam memohon pertolongan dari orang kafir. …Begitu hinakah umat Islam pada hari ini?
Di mana perginya pemimpin-pemimpin dunia Islam itu? Bila sebuah negara Islam ingin di serang. Mereka hanya duduk bergoyang kaki sambil makan popcorn… huhuhuhu…
sumber berita : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0320&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

No comments:

Post a Comment

myMYRAYANA HOMESTAY

my Myra Yana Homestay
Melor Kota Bharu Kelantan Malaysia




BERKONSEPKAN BANGLOW- HOMESTAY

* Lengkap perabut, peti sejuk, mesin basuh, TV, katil, dapur gas, pinggan mangkuk dan lain-lain.


* Bekalan air "mineral" boring berkualiti dan jernih.


* Suasana kampung dihadapan jalan yang bertentangan.


*Terletak tepi jalan Melor ke Gunung.


*Hanya 1.2 km dari simpang utama Pekan Melor ke Pekan Gunung.


*Pekan Melor lengkap dengan kemudahan 3 stesyen minyak iaitu Shell, Petronas dan Esso Mobil, kedai 24 Jam, Mesin ATM, Bank, Restoran, kedai-kedai makan, pasar dan banyak lagi.


* Cuma 1.2 km ke Masjid Mahmudi dan Sekolah Agama Azariah Tahfiz yang terkenal dengan pelbagai program dakwah dan pelbagai pengisian kuliah oleh penceramah dan pendawah terkenal.


*Pekan Melor merupakan hentian bas ekspress ke laluan Terangganu, Kuala Lumpur dan laluan Selatan. Pekan ini hidup 24 jam. Ia merupakan zon tengah kelantan yang mudah untuk ke semua lokasi timur barat kelantan.


*Berdekatan Balai Polis Melor dan Homestay ini bakal dilengkapi dengan "Alarm System" Keselamatan


LOKASI PENTING YANG BERHAMPIRAN


200 m - Pusat Latihan Memandu JPJ.


500 m - Pusat Latihan Komuniti Jabatan Pertanian Kelantan.


5 km - Pekan Ketereh yang boleh menuju ke Politeknik Kok Lanas dengan jarak cuma 1.7 km dari Pekan Ketereh ini cuma 1.3 Km ke Satdium Red Warriors yang dalam pembinaan.

6 Km - Pekan Gunung.


7 Km - Pekan Jelawat dan SMK Perdana.


8 Km - UMK, ILP, PPD Bachok, Kem Khidmat Negara Bachok.


10 Km - Istana Sultan Kelantan.


11 Km - HUSM Kubang Krian.


13 Km - Pantai Irama pantai pelancongan.


15 Km - Kota Bharu


16 Km - Pasir Putih.


406 Km - Kangar Perlis.


Untuk Tempahan Sila Hubungi Saya

0194807144 @ 0194658144

Email - azlee@ymail.com








Foto Kaabah dulu dan kini

Foto Kaabah dulu dan kini

Tujuh Benda Ajaib Di Dunia


7 benda ajaib didunia,sering kita sebut-sebut sebagai hadiah terbaik tamadun lalu kepada manusia pada masa kini.Namun apa dia sebenarnya ketujuh-tujuh benda ajaib tersebut.

Sebahagian daripada kita langsung tidak mengetahui apakah sebenarnya atau lokasi benda-benda ajaib tersebut.mengikut sejarah yang telah ditulis,dimulakan susunannya oleh seorang penulis bernama Antipater dari Sidon,pengaruh pertama dari empayar Greek kuno pada tahun 100's B.C.Sejarah ditulis,diubah, serta direka.


Namun Bukti tetap ada pada kesan runtuhannya sebagai peringatan kepada umat yang akan datang. So, check it out guys!



1)
Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer.


2) Piramid yang dibina dengan 2,500,000 blok batu besar yang tersusun rapi. Piramid Giza:keajaiban dari bangsa mesir kuno.


3) Taj Mahal istana yang dibina oleh Maharaja India, Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz


4) Candi Borobudur yang terletak di Jawa


5) Angkor Watt di Kemboja


6) Taman Tergantung Babylon yang dibina lebih 3,000 tahun yang lalu


7) Menara Condong Pisa yang terletak di Itali.

Ribut Taufan Perlis 2010. Apa tandanya?

Ribut Taufan Perlis 2010. Apa tandanya?

Resepi Kuih Donat


Bahan-bahan:

1) 500 gram tepung gandum
2) 50 gram gula halus
3) 1 cawan susu tepung
4) ½ sudu teh garam
5) 1 bungkus yis kering
6) 1 sudu makan lemak sayur
7) 1 biji telur (pukul)
8) 2 sudu makan marjerin
9) 250 ml air suam
10) minyak masak (untuk menggoreng tenggelam)
11) Gula halus (pilihan bahan untuk salut)


Cara penyediaan:

1) Masukkan tepung, gula, susu, garam dan lemak sayur ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2) Masukkan telur, marjerin dan air suam. Gaul rata hingga menjadi doh. Uli doh hingga tidak melekat.
3) Tutupkan dengan kain lembab, biarkan naik hingga 2 kali ganda.
4) Selepas naik tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar. Uli sekali lagi.
5) Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan. Terap mengikut saiz yang dikehendaki.
6) Biarkan adunan naik sekali lagi.
7) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yg sederhana.
8) Goreng donat sehingga keemasan. Angkat dan tos.
9) Biarkan donat sejuk pada suhu bilik. Golek-golekkan donat pada gula halus.

Sedia untuk dihidangkan.

Petua Hilangkan Jerawat

Nah, ni ada satu petua kecantikan untuk menghilangkan kesan jerawat kat muka anda. Ikuti langkah di bawah, okey;


1. Ambil sedikit rizom cekur dan tumbuk sehingga halus.

gambar daun cekur 1

Gambar Daun Cekur - Wikipedia



gambar rizom cekur 1

Gambar Rizom Cekur - Mardi




2. Kemudian, campurkan pula rizom cekur yang dah ditumbuk halus tadi dengan bedak sejuk.

3. Gaul dan kacau campuran tu sehingga sebati.

4. Sapukan pada kawasan kulit muka anda yang berjerawat tu sebelum tidur.

5. Pada keesokan pagi, cucilah wajah anda sampai bersih.


Amalkan pemakaian bedak sejuk + rizom cekur ni sampailah parut jerawat anda tu hilang.


Selamat Mencuba!