Thursday, June 9, 2011

BIODATA OSAMA BIN LADEN

 
 
OSAMA adalah anak kepada Muhammad bin Laden. Sebagai seorang anak muda, beliau jelas lebih warak daripada saudara-saudaranya yang lain dan penglibatan syarikat keluarga beliau dalam pembinaan semula Masjidil-Haram dan Masjid-an-Nabawi di Makkah dan Madinah telah memberi kesan yang mendalam kepada beliau.
Pada tahun 1979, sebaik sahaja selepas beliau menamatkan pelajaran di Universiti King Abdul Aziz di Jeddah dengan memperolehi ijazah dalam bidang Kejuruteraan Sivil, Soviet Union menyerang dan menduduki Afghanistan. Pihak Mujahideen mengeluarkan permohonon bantuan antarabangsa. OSAMA bin Laden menyahut seruan itu dengan menghantar dirinya sendiri bersama-sama dengan jentolak-jentolak keluarganya ke Afghanistan. Beliau tersentuh, kata beliau, dengan permintaan dari umat Islam yang lemah menghadapi 'kuasa-besar' abad ke-20. "Di dalam agama kita, terdapat tempat yang istimewa di akhirat nanti kepada mereka yang menyertai Jihad," kata beliau. "Sehari di Afghanistan adalah seperti 1000 hari bersembahyang di mana-mana masjid biasa." Pada mulanya sumbangan beliau lebih kepada sumbagan sokongan.
Beliau merekrut beribu-ribu pejuang Arab dari Timur Tengah, membiayai tambang mereka ke Afghanistan dan mendirikan kem-kem untuk melatih mereka. Kemudiannya beliau juga telah mereka-bentuk terowong-terowong pertahanan dan parit-parit di sepanjang sempadan Pakistan, memandu jentolak, menghadapi risiko tembakan-tembakan helikopter Soviet. Tidak lama kemudian, beliau sendiri mula menggalas Kalashnikov dan menyertai pertempuran. Pada tahun 1986, beliau bersama-sama beberapa dozen pejuang Arab berjaya mematahkan serangan pihak Soviet ke atas sebuah bandar yang bernama Jaji, tidak jauh dari sempadan Pakistan. Kepada para Mujahideen Arab tersebut, kejayaan ini adalah antara bukti pertama bahawa pihak Russia boleh dikalahkan. Setahun kemudian, Bin Laden memimpin satu serangan ke atas tentera Soviet di dalam pertempuran Shaban. Pertempuran tangan yang hebat menyebabkan ramai dari para Mujahideen gugur shahid. Walaubagaimanapun OSAMA dan para Mujahideen pimpinannya berjaya juga menghalau pihak Soviet keluar dari kawasan tersebut, dengan Pertolongan Allah SWT. "Beliau merupakan seorang wira pada kami kerana beliau sentiasa di barisan hadapan, sentiasa mara ke hadapan," ujar Hamza Mohammed, seorang pejuang Palestin yang menyertai Jihad di Afghanistan dan kini menguruskan salah sebuah projek pembinaan Bin Laden di Sudan. "Beliau bukan sekadar memberikan wang beliau, tetapi beliau juga memberikan diri beliau. Beliau datang dari istana beliau untuk tinggal bersama-sama dengan orang miskin Afghan dan para pejuang Arab. Beliau masak dengan mereka, makan dengan mereka, menggali kubu-kubu dengan mereka. Itulah cara Bin Laden.
" Semasa pembesaran Masjidil-Haram dan Masjid-an-Nabawi pada sekitar 1980-an, Raja Fahd sendiri menawarkan OSAMA kontrak untuk membesarkan Masjid Rasulullah SAW di Madinah. Kontrak ini akan memberikan untung bersih sebanyak $90 juta kepada beliau. Beliau menolak tawaran ini kerana beliau tahu tawaran ini adalah untuk mengalih perhatian beliau dari Jihad di Afghanistan kepada pembinaan masjid. Beliau pernah berkata bahawa kekayaan beliau bertambah dan perniagaan beliau semakin maju selaras dengan bertambahnya wang yang beliau belanjakan untuk Jihad. Bin Laden pulang ke tanahair dan disambut sebagai kenamaan. Tetapi kepopularan beliau mula menghilang apabila beliau mula mengatakan kebenaran terutamanya yang menyentuh rejim Saudi. Kerajaan tersebut sudahpun dikiritik oleh para aktivis Islam kerana penyelewengan dan tidak melaksanakan perundangan Islam. Semua ini juga ditentang oleh Bin Laden. Akhirnya apabila Raja Fahd membenarkan tentera kuffar Barat masuk ke Saudi ketika Perang Teluk, beliau mula mengkritik kerajaan dengan terbuka. Beliau juga menjadi sasaran kempen penganiayaan ke atas aktivis Islam lantas beliau melarikan diri ke Sudan pada 1991. Sejumlah besar 'Arab Afghan' dari pelbagai negara mengikut beliau ke Sudan dan bekerja di syarikat yang beliau tubuhkan di Sudan. Beliau berusaha membantu Sudan dengan membina prasarana. Kerajaan Saudi mengisytiharkan beliau penjenayah dan kewarganegaraan beliau dilucutkan. Sejumlah wang yang banyak juga diletakkan untuk kepala beliau.
Di Sudan, perniagaan beliau berkembang maju sehingga menjadi lebih besar dari yang di Timur Tengah. Satu cubaan membunuh beliau telah dilakukan di Sudan tetapi beliau berjaya menyelamatkan diri walaupun mengalami kecederaan. Beliau tinggal di Sudan selama kira-kira lima tahun, membiayai Jihad di pelbagai negara di dunia seperti Afghanistan, Bosnia, Yaman, Chechnia dan lain-lain tempat, sehinggalah kerajaan Sudan mengusir beliau atas tekanan dari Amerika Syarikat dan atas tuduhan beliau membiayai gerakan pengganas (gelaran kuffar Barat kepada Mujahideen) di seluruh dunia. Dengan kekayaan peribadi yang dianggarkan sekitar $300 juta, beliaulah yang dianggap sebagai 'U.S. State Department' sebagai, "seorang daripada penaja kewangan utama gerakan extermist Islam di dunia kini." Ataupun seperti mana yang dikatakan oleh seorang pegawai Amerika Syarikat, beliau adalah 'ikan besar' kerana reputasi keperwiraan beliau memberikan beliau pengaruh.
Menurut pegawai ini, "Bin Laden adalah orang yang boleh pergi menemui seseorang dan berkata, 'Saya mahu awak tuliskan cek 6 angka,' dan beliau akan mendapat cek tersebut serta-merta." Pada musim panas 1996, Bin Laden berpindah dari Sudan ke Afghanistan. Beliau kini di Afghanistan membantu membiaya dan menyusun para Mujahideen seluruh dunia. Selepas keadaan yang semakin buruk di Saudi Arabia, selepas penahanan para ulama dan ratusan pemuda-pemuda Mujahideen, selepas kekayaan negara tergadai kepada Barat dan pendudukan tentera Amerika di 3 bumi suci, Bin Laden membuat keputusan untuk bertindak. Pada 26 Ogos 1996, beliau mengeluarkan kenyataan yang pertama;. Dokumen berbahasa Arab setebal 12 mukasurat yang bertajuk, "Pengisytiharan Perang" oleh OSAMA bin Muhammad bin Laden. Kenyataan ini memberikan amaran terakhir kepada semua tentera Amerika agar meninggalkan bumi suci umat Islam, atau mereka akan menerima tindakan ketenteraan dari para pemuda yang sama, dengan bantuan Allah SWT, telah mengalahkan kuasa kuffar terbesar di dunia, di Afghanistan. "Umat Islam terbakar dengan kemarahan kepada Amerika. Demi kebaikannya sendiri, Amerika mesti meninggalkan [Saudi Arabia - bumi tanah haram]" - OSAMA bin Laden Mujahid ini meninggalkan kehidupan mewah dengan kekayaan yang tak termimpi oleh kita. Apakah sebabnya? Apakah yang ada pada Jihad sehingga menjadi lebih manis daripada kehidupan mewah dengan $300 juta? Masihkan kita sayangkan sedikit kekayaan kita dari cinta pada Allah, juga Rasul-Nya? Masihkah kita sayangkan dunia ini hingga melupakan akhirat? Masih lekakah kita dengan hidup sehingga kita melupakan mati; Mati yang hanya sekali itu.... Untuk siapakah mati kita?

No comments:

Post a Comment

myMYRAYANA HOMESTAY

my Myra Yana Homestay
Melor Kota Bharu Kelantan Malaysia




BERKONSEPKAN BANGLOW- HOMESTAY

* Lengkap perabut, peti sejuk, mesin basuh, TV, katil, dapur gas, pinggan mangkuk dan lain-lain.


* Bekalan air "mineral" boring berkualiti dan jernih.


* Suasana kampung dihadapan jalan yang bertentangan.


*Terletak tepi jalan Melor ke Gunung.


*Hanya 1.2 km dari simpang utama Pekan Melor ke Pekan Gunung.


*Pekan Melor lengkap dengan kemudahan 3 stesyen minyak iaitu Shell, Petronas dan Esso Mobil, kedai 24 Jam, Mesin ATM, Bank, Restoran, kedai-kedai makan, pasar dan banyak lagi.


* Cuma 1.2 km ke Masjid Mahmudi dan Sekolah Agama Azariah Tahfiz yang terkenal dengan pelbagai program dakwah dan pelbagai pengisian kuliah oleh penceramah dan pendawah terkenal.


*Pekan Melor merupakan hentian bas ekspress ke laluan Terangganu, Kuala Lumpur dan laluan Selatan. Pekan ini hidup 24 jam. Ia merupakan zon tengah kelantan yang mudah untuk ke semua lokasi timur barat kelantan.


*Berdekatan Balai Polis Melor dan Homestay ini bakal dilengkapi dengan "Alarm System" Keselamatan


LOKASI PENTING YANG BERHAMPIRAN


200 m - Pusat Latihan Memandu JPJ.


500 m - Pusat Latihan Komuniti Jabatan Pertanian Kelantan.


5 km - Pekan Ketereh yang boleh menuju ke Politeknik Kok Lanas dengan jarak cuma 1.7 km dari Pekan Ketereh ini cuma 1.3 Km ke Satdium Red Warriors yang dalam pembinaan.

6 Km - Pekan Gunung.


7 Km - Pekan Jelawat dan SMK Perdana.


8 Km - UMK, ILP, PPD Bachok, Kem Khidmat Negara Bachok.


10 Km - Istana Sultan Kelantan.


11 Km - HUSM Kubang Krian.


13 Km - Pantai Irama pantai pelancongan.


15 Km - Kota Bharu


16 Km - Pasir Putih.


406 Km - Kangar Perlis.


Untuk Tempahan Sila Hubungi Saya

0194807144 @ 0194658144

Email - azlee@ymail.com








Foto Kaabah dulu dan kini

Foto Kaabah dulu dan kini

Tujuh Benda Ajaib Di Dunia


7 benda ajaib didunia,sering kita sebut-sebut sebagai hadiah terbaik tamadun lalu kepada manusia pada masa kini.Namun apa dia sebenarnya ketujuh-tujuh benda ajaib tersebut.

Sebahagian daripada kita langsung tidak mengetahui apakah sebenarnya atau lokasi benda-benda ajaib tersebut.mengikut sejarah yang telah ditulis,dimulakan susunannya oleh seorang penulis bernama Antipater dari Sidon,pengaruh pertama dari empayar Greek kuno pada tahun 100's B.C.Sejarah ditulis,diubah, serta direka.


Namun Bukti tetap ada pada kesan runtuhannya sebagai peringatan kepada umat yang akan datang. So, check it out guys!



1)
Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer.


2) Piramid yang dibina dengan 2,500,000 blok batu besar yang tersusun rapi. Piramid Giza:keajaiban dari bangsa mesir kuno.


3) Taj Mahal istana yang dibina oleh Maharaja India, Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz


4) Candi Borobudur yang terletak di Jawa


5) Angkor Watt di Kemboja


6) Taman Tergantung Babylon yang dibina lebih 3,000 tahun yang lalu


7) Menara Condong Pisa yang terletak di Itali.

Ribut Taufan Perlis 2010. Apa tandanya?

Ribut Taufan Perlis 2010. Apa tandanya?

Resepi Kuih Donat


Bahan-bahan:

1) 500 gram tepung gandum
2) 50 gram gula halus
3) 1 cawan susu tepung
4) ½ sudu teh garam
5) 1 bungkus yis kering
6) 1 sudu makan lemak sayur
7) 1 biji telur (pukul)
8) 2 sudu makan marjerin
9) 250 ml air suam
10) minyak masak (untuk menggoreng tenggelam)
11) Gula halus (pilihan bahan untuk salut)


Cara penyediaan:

1) Masukkan tepung, gula, susu, garam dan lemak sayur ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2) Masukkan telur, marjerin dan air suam. Gaul rata hingga menjadi doh. Uli doh hingga tidak melekat.
3) Tutupkan dengan kain lembab, biarkan naik hingga 2 kali ganda.
4) Selepas naik tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar. Uli sekali lagi.
5) Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan. Terap mengikut saiz yang dikehendaki.
6) Biarkan adunan naik sekali lagi.
7) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yg sederhana.
8) Goreng donat sehingga keemasan. Angkat dan tos.
9) Biarkan donat sejuk pada suhu bilik. Golek-golekkan donat pada gula halus.

Sedia untuk dihidangkan.

Petua Hilangkan Jerawat

Nah, ni ada satu petua kecantikan untuk menghilangkan kesan jerawat kat muka anda. Ikuti langkah di bawah, okey;


1. Ambil sedikit rizom cekur dan tumbuk sehingga halus.

gambar daun cekur 1

Gambar Daun Cekur - Wikipedia



gambar rizom cekur 1

Gambar Rizom Cekur - Mardi




2. Kemudian, campurkan pula rizom cekur yang dah ditumbuk halus tadi dengan bedak sejuk.

3. Gaul dan kacau campuran tu sehingga sebati.

4. Sapukan pada kawasan kulit muka anda yang berjerawat tu sebelum tidur.

5. Pada keesokan pagi, cucilah wajah anda sampai bersih.


Amalkan pemakaian bedak sejuk + rizom cekur ni sampailah parut jerawat anda tu hilang.


Selamat Mencuba!