Sunday, December 25, 2011

Air , Water, தண்ணீர், eau, น้ำ, 用水,水

(Gambar) Mitos, Fakta Atau Auta Mengenai Air..Jom Bongkarkan…


bottled water (Gambar) Mitos, Fakta Atau Auta Mengenai Air..Jom Bongkarkan...
AIR merupakan zat semulajadi yang menakjubkan dan kita tidak boleh hidup tanpanya.Terlebih, sebahagian besar unsur kehidupan memang diperbuat daripada air. Maka itu,tidak menghairankan bila banyak tafsiran tentang air putih, terutama dalam hal khasiatnya tentang kesihatan.Dari sejumlah besar mitos dan fakta tentang air putih yang selama ini beredar di masyarakat, ada lima hal yang pastinya sering kita dengar. Berikut ini uraiannya:
Kita harus minum 8 gelas air putih sehari untuk mengelakkan dehidrasi
glass of water (Gambar) Mitos, Fakta Atau Auta Mengenai Air..Jom Bongkarkan...
Fakta: Ini merupakan salah satu hal kurang tepat yang paling dipercayai tentang penggunaan air. Tips itu tentunya banyak dilontarkan banyak pengeluar minuman air bungkusan.
Memang benar, tubuh kita memerlukan cukup air setiap hari. Menurut British DieteticAssociation, sebahagian besar dari kita memerlukan sekitar enam hingga lapan gelas cecair sehari. ingat cecair bukan air. Cecair juga boleh diperolehi dari makanan yang kita makan. Contohnya saja buah-buahan dan sayur yang 80-90 peratus terdiri daripada cecair.Belum minuman lain seperti susu, teh dan kopi.
Terlebih dalam suhu panas yang menyebabkan peluh, kita perlu asupan kita untuk menebus cecair yang keluar. Tubuh kita juga mampu dengan sangat baik menetapkan kadar air. Tubuh akan menyingkirkan kelebihan air melalui peluh dan urine, dan ketika kekurangan, kita pun akan merasa haus.
Kopi, teh, dan minuman berkafein yang lain menyebabkan dehidrasi
kopi teh (Gambar) Mitos, Fakta Atau Auta Mengenai Air..Jom Bongkarkan...
Fakta: Walaupun benar bahawa kafein mempunyai kesan diuretik atau membuat anda ingin buang air kecil, kesan itu sangat ringan jika dibandingkan dengan jumlah air yang terkandung dalam minuman tersebut. Minuman-minuman itu tetap akan memberikan sumbangan atas keperluan tubuh akan air.
Semakin banyak minum air, semakin sihat
minum air (Gambar) Mitos, Fakta Atau Auta Mengenai Air..Jom Bongkarkan...
Fakta: Secara am, air adalah zat nontoksin. Tetapi, jangan pula kita sampai berlebihan minum air. Dalam kes ekstrem, minum air terlalu banyak boleh menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan yang dikenali sebagai ’keracunan air’.
Atlet sukan ekstrim seperti pelari marathon sudah familiar dengan keadaan itu. Sukan memang akan menyebabkan mereka berpeluh sehingga menghilangkan baik air mahupun elektrolit, termasuk sodium. Tetapi jika mereka minum air yang banyak dalam masa yang singkat tanpa menukar elektrolit yang hilang, kadar natrium dalam darah boleh berpotensimengancam nyawa.
Air botol bungkusan lebih selamat dan sihat
botol (Gambar) Mitos, Fakta Atau Auta Mengenai Air..Jom Bongkarkan...
Fakta: Air paip masak sebenarnya sudah sesuai dengan standard kesihatan dan keperluan keselamatan. Dan, ini pun terus-menerus diuji sehingga undian selamat untukdiminum. Adapun air botol sering kali berasal dari sumber yang sama seperti air paip.
Banyak air bungkusan bahkan mempunyai standard keselamatan yang lebih rendah daripada air paip. Belum lagi hargnya yang lebih mahal kerana harus memasukkan sumber, penghantaran, dan jualan. Minum air paip yang masak sebenarnya tak masalah,kok. Kerana selain aman, murah, dan didapati dengan cara yang paling mesra alam.
Air membantu menurunkan berat badan
gemuk (Gambar) Mitos, Fakta Atau Auta Mengenai Air..Jom Bongkarkan...
Fakta: Sebenarnya hal ini ada benarnya. Kembali ke mitos nombor 1, minum air yang tidak kalori dan bebas gula merupakan cara yang lebih baik untuk mendapatkan pengambilan cecair harian daripada meneguk minuman manis dan tinggi kalori seperti minuman ringan.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minum setengah liter air sebelum makan dapat membantu kita makan lebih sedikit. Tapi kuncinya di sini adalah, bahawa kitasebenarnya perlu makan dengan jumlah yang lebih sedikit, kerana sesungguhnya air itu sendiri tidak mengurangkan lemak di dalam tubuh.
Tentunya, tidak bererti minum air putih tidak lagi menjadi penting dan berguna untuk kesihatan. Namun, kita harus memahaminya dengan seimbang. Bagaimanapun, air putihtentu lebih sihat berbanding minuman lain seperti kopi, teh, atau minuman ringan (softdrink) bila terlalu banyak mengandungi gula di dalamnya.
Minuman bersoda, atau minuman manis lainnya menjadi ”tidak sihat” bila gula tersebut di dalam tubuh kita pada akhirnya menjadi pencetus diabetes. Oleh sebab itu, minum airmineral (air putih) tetap lebih sihat untuk tubuh.
::P/S: Terpulanglah pada anda semua untuk mempercayainya ataupun tidak..Sekadar berkongsi maklumat yang dapat..Jika anda ada fakta yang boleh dikongsi bersama..Marilah kongsikan
Sumber..Apa kabar Dunia

Kredit : Ohduniaku Mitos, Fakta Atau Auta Mengenai Air.. | Ohduniaku http://ohduniaku.com/fakta-mengenai-air#ixzz1hcDaThiF

No comments:

Post a Comment

myMYRAYANA HOMESTAY

my Myra Yana Homestay
Melor Kota Bharu Kelantan Malaysia




BERKONSEPKAN BANGLOW- HOMESTAY

* Lengkap perabut, peti sejuk, mesin basuh, TV, katil, dapur gas, pinggan mangkuk dan lain-lain.


* Bekalan air "mineral" boring berkualiti dan jernih.


* Suasana kampung dihadapan jalan yang bertentangan.


*Terletak tepi jalan Melor ke Gunung.


*Hanya 1.2 km dari simpang utama Pekan Melor ke Pekan Gunung.


*Pekan Melor lengkap dengan kemudahan 3 stesyen minyak iaitu Shell, Petronas dan Esso Mobil, kedai 24 Jam, Mesin ATM, Bank, Restoran, kedai-kedai makan, pasar dan banyak lagi.


* Cuma 1.2 km ke Masjid Mahmudi dan Sekolah Agama Azariah Tahfiz yang terkenal dengan pelbagai program dakwah dan pelbagai pengisian kuliah oleh penceramah dan pendawah terkenal.


*Pekan Melor merupakan hentian bas ekspress ke laluan Terangganu, Kuala Lumpur dan laluan Selatan. Pekan ini hidup 24 jam. Ia merupakan zon tengah kelantan yang mudah untuk ke semua lokasi timur barat kelantan.


*Berdekatan Balai Polis Melor dan Homestay ini bakal dilengkapi dengan "Alarm System" Keselamatan


LOKASI PENTING YANG BERHAMPIRAN


200 m - Pusat Latihan Memandu JPJ.


500 m - Pusat Latihan Komuniti Jabatan Pertanian Kelantan.


5 km - Pekan Ketereh yang boleh menuju ke Politeknik Kok Lanas dengan jarak cuma 1.7 km dari Pekan Ketereh ini cuma 1.3 Km ke Satdium Red Warriors yang dalam pembinaan.

6 Km - Pekan Gunung.


7 Km - Pekan Jelawat dan SMK Perdana.


8 Km - UMK, ILP, PPD Bachok, Kem Khidmat Negara Bachok.


10 Km - Istana Sultan Kelantan.


11 Km - HUSM Kubang Krian.


13 Km - Pantai Irama pantai pelancongan.


15 Km - Kota Bharu


16 Km - Pasir Putih.


406 Km - Kangar Perlis.


Untuk Tempahan Sila Hubungi Saya

0194807144 @ 0194658144

Email - azlee@ymail.com








Foto Kaabah dulu dan kini

Foto Kaabah dulu dan kini

Tujuh Benda Ajaib Di Dunia


7 benda ajaib didunia,sering kita sebut-sebut sebagai hadiah terbaik tamadun lalu kepada manusia pada masa kini.Namun apa dia sebenarnya ketujuh-tujuh benda ajaib tersebut.

Sebahagian daripada kita langsung tidak mengetahui apakah sebenarnya atau lokasi benda-benda ajaib tersebut.mengikut sejarah yang telah ditulis,dimulakan susunannya oleh seorang penulis bernama Antipater dari Sidon,pengaruh pertama dari empayar Greek kuno pada tahun 100's B.C.Sejarah ditulis,diubah, serta direka.


Namun Bukti tetap ada pada kesan runtuhannya sebagai peringatan kepada umat yang akan datang. So, check it out guys!



1)
Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer.


2) Piramid yang dibina dengan 2,500,000 blok batu besar yang tersusun rapi. Piramid Giza:keajaiban dari bangsa mesir kuno.


3) Taj Mahal istana yang dibina oleh Maharaja India, Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz


4) Candi Borobudur yang terletak di Jawa


5) Angkor Watt di Kemboja


6) Taman Tergantung Babylon yang dibina lebih 3,000 tahun yang lalu


7) Menara Condong Pisa yang terletak di Itali.

Ribut Taufan Perlis 2010. Apa tandanya?

Ribut Taufan Perlis 2010. Apa tandanya?

Resepi Kuih Donat


Bahan-bahan:

1) 500 gram tepung gandum
2) 50 gram gula halus
3) 1 cawan susu tepung
4) ½ sudu teh garam
5) 1 bungkus yis kering
6) 1 sudu makan lemak sayur
7) 1 biji telur (pukul)
8) 2 sudu makan marjerin
9) 250 ml air suam
10) minyak masak (untuk menggoreng tenggelam)
11) Gula halus (pilihan bahan untuk salut)


Cara penyediaan:

1) Masukkan tepung, gula, susu, garam dan lemak sayur ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2) Masukkan telur, marjerin dan air suam. Gaul rata hingga menjadi doh. Uli doh hingga tidak melekat.
3) Tutupkan dengan kain lembab, biarkan naik hingga 2 kali ganda.
4) Selepas naik tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar. Uli sekali lagi.
5) Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan. Terap mengikut saiz yang dikehendaki.
6) Biarkan adunan naik sekali lagi.
7) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yg sederhana.
8) Goreng donat sehingga keemasan. Angkat dan tos.
9) Biarkan donat sejuk pada suhu bilik. Golek-golekkan donat pada gula halus.

Sedia untuk dihidangkan.

Petua Hilangkan Jerawat

Nah, ni ada satu petua kecantikan untuk menghilangkan kesan jerawat kat muka anda. Ikuti langkah di bawah, okey;


1. Ambil sedikit rizom cekur dan tumbuk sehingga halus.

gambar daun cekur 1

Gambar Daun Cekur - Wikipedia



gambar rizom cekur 1

Gambar Rizom Cekur - Mardi




2. Kemudian, campurkan pula rizom cekur yang dah ditumbuk halus tadi dengan bedak sejuk.

3. Gaul dan kacau campuran tu sehingga sebati.

4. Sapukan pada kawasan kulit muka anda yang berjerawat tu sebelum tidur.

5. Pada keesokan pagi, cucilah wajah anda sampai bersih.


Amalkan pemakaian bedak sejuk + rizom cekur ni sampailah parut jerawat anda tu hilang.


Selamat Mencuba!