Mungkin ada yang tak selesa dengan Note yang tak putus² disebarkan hanya kisah pasal Aurat dan Wanita sahajakan ? Tapi ingatlah wanita solehah perhiasan dunia yang terindah. Disebabkan itu perlulah kita sama² mengingati pada perhiasan terindah itu semoga kekal terindah dibumi ini.
KENAPAKAH KITA MESTI MENUTUP AURAT?
Ramai juga yang mempersoalkan, apa perlunya menutup aurat? Tambahan pula keadaan sekeliling yang agak panas, rimas dan sebagainya. Timbul lagi persoalan, kalau nak tutup aurat, tutuplah sendiri, kenapa perlu memaksa orang lain pula untuk menutup aurat? Di dalam artikel kali ini, insya Allah sedikit sebanyak artikel yang ditulis oleh “seorang lelaki” untuk kegunaan kaum wanita.
Pertama : Aurat itu menjijikkan mata
Ya, memang benar aurat itu menjijikkan pandangan mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Apatah lagi seorang lelaki yang berada di sebuah pasar, dan tiada seorang wanita pun yang sempurna auratnya ditutup di pasar tersebut. Bukankah ia menyusahkan lelaki tersebut untuk tidak melihat kepada anggota-anggota yang jijik tersebut? Apabila dipalingkan ke kiri, ternampak pula perempuan yang berada di kirinya.
Hendak tundukkan melihat lantai, wanita di di hadapan memakai skirt pula. Sangat menyusahkan orang! Ke mana lagi hendak dilihat? Hendak dipejamkan mata? Sudah berhempas pulas sang lelaki mengalih pandangannya ke sana sini, tetapi wanita-wanita yang tidak sempurna auratnya ditutup masih buat-buat tidak faham. Difikirkan auratnya yang menjijikkan itu menarik, tetapi meloyakan! Bahkan menggelikan!
Kedua : Aurat itu perlu di sembunyikan
Selain itu, aurat adalah anggota yang perlu disembunyikan, kerana ia adalah maruah. Sekiranya semua wanita memikirkan maruahnya, sudah pasti semua wanita di dunia ini menutup aurat mereka. Apa yang terjadi, mereka yang mendedahkan aurat ini telah menjaja maruah mereka untuk diperagakan di hadapan lelaki-lelaki. Mungkin hendak menarik perhatian lelaki-lelaki, tetapi, kenapa perlu menarik perhatian lelaki? Tiada sebab bukan?
Cukup sekadar aurat mereka dilihat, sudah menjatuhkan maruahnya! Tidak perlu menanti dizinai untuk dikatakan sebagai jatuh maruah. Tidak malukah apabila anggota sulit kita dilihat orang? Adakah anggota sulit hanya diukur dengan kemaluan sahaja? Tidak! Semua anggota yang dikatakan aurat dikatakan sulit. Mana mungkin sebuah kerajaan dengan sengaja mendedahkan rahsia sulit mereka kepada kerajaan yang lain.
Ketiga : Aurat itu pintu kepada zina!
Dengan menjaja aurat dan maruah di pasar-pasar, dan jalanan, ia boleh membawa kepada zina. Begitu juga rogol. Adakah rogol itu hanya disalahkan kepada lelaki sahaja? Kaum wanita adalah kaum paling kejam sekali apabila mereka mendedahkan aurat mereka untuk dihidangkan kepada kaum lelaki, tetapi apabila dirogol, kaum lelaki juga yang dikenakan hukuman. Timbul juga persoalan, “perempuan bertudung pun kena juga”.
Biasanya yang lontarkan soalan ini adalah orang yang tidak bertudung! Sengaja mencari alasan untuk menghalalkan aurat mereka. Hakikatnya sekiranya mereka mengetahui perempuan bertudung pun turut menjadi mangsa, sepatutnya mereka lebih memakai tudung. Perempuan bertudung pun kena, apatah lagi tidak.
Mungkin boleh dilihat dari pelbagai aspek. Aurat bukan hanya dengan bertudung. Sekiranya tudung dipakai hanya separas atas dada, kemudian mengenakan baju dan seluar ketat, sama sahaja. Itu juga masih dikatakan membuka aurat. Takkanlah menutup aurat sebahagian, dan sebahagian lagi dibuka? Sama sahaja, aurat juga.
Di dalam aspek lain, ingatlah, sekiranya perempuan yang menutup aurat pun menjadi mangsa, maka perhatikanlah. Mereka menjadi mangsa disebabkan perempuan-perempuan lain yang tidak menutup aurat. Perempuan lain yang sengaja mendedahkan aurat mereka menyebabkan perempuan yang suci menjadi mangsa. Lihatlah betapa besarnya dosa tidak menutup aurat, orang lain menjadi mangsa disebabkan kita!
Kesimpulan
Ya, tidak dinafikan, mereka yang merogol orang, yang bermata keranjang dan sebagainya boleh dipersalahkan. Tetapi, apakah punca mereka menjadi seperti itu? Adakah semua kesalahan dan dosa tersebut hanya dipikul oleh mereka? Tidak. Perempuan yang mendedahkan aurat lebih dahulu menanggung dosa kerana menjadikan golongan lelaki seperti itu. Berhati-hatilah dengan aurat anda. Ia akan membunuh anda sekiranya tidak dijaga!
Saya yakin, ramai wanita yang mendedahkan aurat benci dengan artikel ini, bahkan melabelkan artikel ini sebagai jumud, mengongkong dan sebagainya. Tetapi ingatlah, ia ditulis oleh seorang lelaki yang tiada sebarang kepentingan terhadap diri anda!
Sekiranya ada yang mengatakan bahawa “kenapa perlu sibuk tepi kain orang?” Saya menjawab “orang gila pun akan tegur orang yang berseluar koyak”. Bolehkan orang yang berseluar koyak itu menjawab “ini seluar aku, aku punya pasallah!” Lihatlah kebodohan orang yang berseluar koyak ini, apabila ditegur tentang keAIBan dirinya, dimarahi pula orang itu.
Salam Perjuangan,
Sumber: Dr Fikrah
No comments:
Post a Comment